Friday, November 30, 2007

Perjuangan Yang Tiada Noktah..

Alhamdulillah selesai dah satu perjuangan dan kemenangan yang saya nantikan selama ini. Selama hampir 2 tahun sejak memiliki Bengkung Awan Putih Cula Tiga semasa saya di Kolej Matrikulasi Melaka dulu, sekarang ni baru berkesempatan nak teruskan perjuangan ke peringkat seterusnya. Baru tadi saya menjalani ujian untuk mendapatkan Bengkung Pelangi Hijau bersama kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Selama 5 hari 4 malam berhempas pulas memperjuangkan silat seni bela diri yang saya sertai sejak 4 tahun yang lalu iaitu Silat Seni Gayong Malaysia. Bermula isnin haritu training kat Gymnasium UPSI setiap hari dari hari isnin hingga khamis sebagai persediaan saya dan rakan-rakan anak gayong untuk `grading` atau ujian kenaikan bengkung.

Selama 4 hari menjalankan latihan intensif tuh, al-kebiasaannya semua akan rasa sengal-sengal badan dan lembam sana sini. tu la cabaran yang harus dilalui untuk ujian tuh. saya x yah cerita la, habeh bahu nih bengkak sebab kene banting ngan partner silat saya..lebam2 kaki dengan tangan..huhu..meh saya ceritakan serba sedikit tentang ujian yang saya jalani tadi.

Untuk mendapatkan Bengkung Pelangi Hijau, seseorang anak gayong akan diuji beberapa asas gerakan bahagian 2, asas elakan bahagian 2, golongan anak harimau 21, buah tapak kunci mati 1-7, buah tapak kunci hidup 1 dan serangan harimau atau combat.

haha..banyak tak?? selama 4 hari tuh nak ingat dan kemaskan gerakan-gerakan tuh..mana tak nya..setiap hari bermula 9 pagi dah start latihan sampai 12 tengahari, rehat jap smbung balik kul3 petang sampai 5 petang..malam pun ada lagi tuh sampai kul11 malam..memang intensif tol..

Walau bagaimanapun.. Perjuangan nih takkan berhenti setakat ni aje..ada banyak peringkat yang perlu saya perjuangkan..Perjuangan yang tiada noktah..

Tuesday, November 27, 2007

Syhh.. Dialah..

Hadirnya tanpaku sedari..
Menggamit kasih cinta bersemi..
Hadir cinta insan padaku ini..
Perasaan rindu yang kian menyinari..
Anugerah kurniaan ilahi..

Teratur tutur bicaranya..
Menarik hatiku untuk mendekatinya..
Sikapnya yang menyenangi hatiku..
Pelakuannya yang mengambil hatiku..
Juga manis senyumannya..
Memikat di hati..
Mendamaikan jiwaku yang resah, yang bercelaru ini..

YA ALLAH.. jika dia benar untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku..
Tabahkanlah hatiku dengan ketentuanmu..

Syhh.. Dialah..
Permata yang dicari..
Selama ini telah ku temui..
Tapiku tak pasti..
Rencana ilahi..

Apakah dia kan ku miliki..?
Tidak sekali dinodai nafsu..
Akanku batasi dengan syariatMU..
Jika dirinya bukan untukku..
Redhakan hatiku dengan ketentuanMU..

YA..ALLAH..engkaulah tempat bergantung harapanku..
ku harap diriku dan dirinya..
Sentiasa dibawah rahmatMU..

Monday, November 19, 2007

Kemanisan Wanita..



Di manakah kemanisan seseorang wanita muslim? Saya sebagai seorang wanita yang kian meningkat dewasa masih tertanya-tanya di manakah kemanisan yang harus dikecapi supaya dia dipandang teramat istimewa dan tinggi pada pandangan Illahi.

Saya pernah terdengar bicara seorang teman mengenai sifat seorang wanita yang amat berkait rapat dengan pohon semalu. Kata teman saya, wanita seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

  1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Oleh sebab itu, wanita dilahirkan dengan penuh rasa sensitif dan emosional.

  2. Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim. Jadi seorang wanita yang beriman tidak akan mudah merelakan kesuciannya diragut oleh tangan-tangan kasar biarpun dengan satu sentuhan.

  3. Semalu mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Untuk itu, seorang wanita harus taat kepada Allah seterusnya menjadi seorang wanita solehah, isteri yang taat dan ibu yang mithali.

  4. Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, wanita sekalian haruslah kembali ke rumah tatkala senja mula melabuhkan tirainya untuk mengelakkan fitnah dan demi menjaga maruahnya.

Ambillah pengajaran dari semalu walau ia tumbuhan yang kecil amat.
Tidakkah anda melihat betapa Islam meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis dan semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.

Sunday, November 11, 2007

Biarkan ia berlalu..

Pernah tak terasa dalam hidup kita sentiasa ingat seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu? Jika ada, itu namanya cinta.

Cinta suatu elemen hidup yang amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna / dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka orang yang sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka orang yang sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di dalam hati cinta terus segar dan mewangi.

Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yang pergi membawa kejujurannya.

Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang kondusif dan eklusif amat. Kata orang kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkanku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita.

Pernah tak kita teringatkan seseorang dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada di sampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya. Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yang boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yang bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam dan harapan.

Thursday, November 1, 2007

Pengalaman...

Ada satu pengalaman yang saya tak dapat saya lupa apabila bergelar seorang guru..Pada suatu ketika, kira-kira 5 bulan yang lalu..saya telah diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Bahagian Sekolah Rendah untuk mengganti seorang guru kelas yang cuti bersalin di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya, sekolah saya sewaktu darjah 1 sampai darjah 6... Jadi ramai la cikgu-cikgu yang kenal saya sejak kecik lagi..hehehe.. Mereka semua kata saya dah berubah, bestnye dapat jumpa cikgu saya dulu-dulu kala..

Atas nasihat mama, saya terus terima tawaran tu sebab dah nak sebulan kelas 2 Bestari tu relieve aje..maknanya tak ada guru kelas hanya guru yang ada masa lapang aje yang masuk kelas tu, juz jaga tapi tak mengajar..kesian kat budak-budak 2 Bestari tu takde cikgu sendiri.. Kelas 2 Bestari ni terdiri daripada 31 orang murid yang comel-comel..

First day saya bertugas kat sekolah tu..saya dibawa oleh GPK 1, Pn. Hajah Habibah ke kelas tu..saya diperkenalkan kat budak-budak comel tu dengan panggilan Cikgu Amy..aisehh..berdebar-debar rasa bila diorang sume ucap "Selamat Pagi Cikgu Amy!".. Lepas tu, Pn. Habibah pun beredar meninggalkan saya bersama murid-murid baru saya tuh...

Berdiri kat depan kelas dengan pandangan tanpa senyuman oleh murid-murid tu buat saya makin gelabah..macam mane nak start nih?hehehe..saya cuba tenangkan diri saya.. Selama 45 minit waktu Bahasa Melayu tu saya penuhi dengan 'ice-breaking'..yelah memandangkan hari pertama saya masuk kelas tu takkan dah nak mengajar kot.. cara begini dah diajar oleh pensyarah saya untuk 'menackle' perhatian dan hati murid-murid tu pada saya.. Jadi saya gunakan pendekatan tersebut, ternyata sangat berkesan..

Hari-hari saya masuk ke kelas tu untuk ajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Muzik. Bukan kelas tu aje, saya kene ajar Kemahiran Hidup Tahun 5 dan Pendidikan Moral. Rupenya letih jugak profesion perguruan ni, takpe lah..saya anggap tu guru pengalaman saya sebagai bekalan bila tiba waktu saya mengajar kelak...

Saya berasa sangat beruntung bila Hari Guru akan disambut tak lama lagi..saya masih ingat lagi waktu zaman persekolahan dulu, masa Hari Guru saya akan berikan hadiah untuk setiap guru yang mengajar saya pada tahun tu.. Hari Guru yang saya nantikan dah pun tiba, masuk je kelas lepas perhimpunan pagi tu, murid-murid saya terus serbu saya dengan hadiah yang comel-comel termasuk kad ucapan Hari Guru yang mereka buat sendiri dengan pensel warna dan crayon..terharu giler tahap dewa!!!

Itu lah antara pengalaman manis saya sewaktu bergelar seorang guru ganti pada ketika saya masih berumur 20 tahun...

Di sini ada puisi untuk guru-guru saya sewaktu di bangku sekolah dan juga untuk pensyarah-pensyarah saya di universiti--->

Apa tanda guru terpuji,
Kepada ibu bapa ia berbakti,
Mentaati ibu bapa sepenuh hati,
Ibu bapanya dijunjung tinggi.

Terhadap ibu bapa ia amanah,
Kepada orang tuanya tiada menyalah,
Memelihara ibu bapa tiada lengah.

Guru bertanggungjawab sebarang laku,
Berlepas tangan ia malu,
Hak dan kewajipan ianya tahu.

Jemput lah...

Sebenarnya dah lama jugak wujudnya blog saya di blogspot.com tapi saya belum bersedia nak ke udara lagi..
Pada sesiapa yang terkilan jangan marah yea..
Sekadar ingin mencuba dulu..
Macam yang saya ckp kat entry yang pertama dulu..
Tapi sekarang dah berani..
Jemput-jemputlah ke mari...
Blog saya mcm biasa aje...
Suka-suka aje tulis, tak suka tak tulis la plak kan..hehehe...
Apa2 pun, hidup mesti enjoy!!