Tuesday, December 23, 2008

Result..

Awal januari 2009 nih aku akan masuk ke semester 6..mungkin agak bz sbb kene wat thesis..pobondo thesis tuh pun den xtau..kene usaha lebih cket..

memandangkan dah jd milik orang nih..so komitmen kat stadi pun kene double up gaks sbb nak kejar pointer yang makin lame makin menjauh..mmg susah nak kejar kalo lembab macam kura2 jer..

subjek yang paling aku rs down skali biologi sbb soalan susah sgt2..mmg mencabar minda betul..kalo satu subjek down, die akan tarik pointer..harap2 Dr. Nafizah kesiankan kitorang yang xde basic bio nih..

anyway.. dgr2 esok rsult sem 5 akan kuar tp tkt sgt2 nak tgk..sem nih aku amek 18 jam kredit dan sume subjek mmg tough2 belaka tp orang bijak akan ckp kacang goreng jer..

harap2 harapan untuk dapat pointer yang bagus sem nih akan tercapai.. harap sgt sbb semua orang akan hepi especially my beloved..=) love u dear....

Sunday, December 21, 2008

20 DISEMBER 2008

Alhamdulillah...

semalam semuanya berjalan dgn sangat lancar..agk kepenatan jugak tapi kebahagiaan yg terasa tuh wat kan letih sume hilang..tgk ramai sanak sedara yang datang memeriahkan mjlis..dengan rombongan keluarga sebelah sana yang datang dari rombang paneh..hiks

lebih kurang dalam 80 orang yang datang..nasib baik muat sebab abah pasang 2 bijik khemah kaler pink..sweeet gituh.hehhe

lauk2 pun best gilos sbb sume masakan kampung..gambo xde laks..antara lauk2 yang sodap tuh; gulai lemak pisang, ikan keli bolado, sambal udang dan ayam gorang berempah..best kan..

urmmm..well i`m engaged on that day..giler ahh
Sekian...




Wednesday, December 10, 2008

Good Bye 2008!

Duhh..nak nak sebulan x pedulik blog nih..gilos!
tappe..tappe.. ada bape hari lagi sblum mlangkah ke tahun 2009 nih..
satu entry jer cukuplah..hehehe

tanggal 20 Disember nih mmg ditunggu2..sbb pe?
haha..ingt wedding of the year mawi ngn ekin th ke..
bknlaa..apa2pun ia adalah sebuah pengalaman yang semua orang akan alami..
moga2 ianya berjalan dgn lancar gituhh..
insyaAllah..
untuk mawi ngn ekin..
moga berbahagia korang dan mohon elakkanlah menggegarkan tiang arasyh yer..

Thursday, October 23, 2008

Again...


what we have to do when a relationship is hurt??
the only way...
is we need to let it breathe...
givus some space to think and rethink..

Wednesday, October 22, 2008

Malas..


haiyakkss.....
apesal malaz jer nak wat pape ni ekk...
nk hapdett blog pun malaz..
cian blog nih..
huahuahuargghhh..
ngntoks lagikk....

semalam dah setel mengundi kat foyer kolej khar nih.. alhamdulillah.. calon pilihan aku menang..
Nur Aqilah Hanis Bt Md Yusoff...
muslimah bijak dan aktif lagi solehah...
tahniah!!!
semoga dapat memperjuangkan kebajikan kami dan kurangkan konsert setannhey..
hahaha

Wednesday, October 15, 2008

Sabar...

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku giatkan kaki ni mahupun terpaksa merentas hujan yg bertamu.
Berat rasa nk balik kali ni.
Sebab terpaksa bawa berat badan dan dua buah buku dan fail di sebelah kiri dan payung kat sebelah kanan.ehikss

Teringat masa kat Library td..

Biasanya susah nak cari buku..tp jeling2 sikit da jumpa yang betul2 diinginkan..

"Principle of Environmental Science" written by Cunningham & Cunningham.

Hurmm..
Walaupun berat beban yg dibawa dan habis stokin basah.. tp aku renjis kesabaran dalam dada buat aku tekad terus berlalu sampai ke stesen bas.

Argghhh..
Bas xde.. ramai yg tunggu..
Sabar as... Sabar...

Cabaran student nih..alhamdulillah..

Pilihanraya MPP makin dekat..
Siapa yang aku nk undi ni?

Hurm..
Apa2pun harap2nya wakil pemimpin MPP taklah macam tahun2 lepas..
Tak turun padang bila ada aktivit melibatkan 'rakyat' nih..
Bila ada TNC je baru nampak muka..
Mana kitorang nak kenal.. Nk undi pun x tahu sapa yang layak..

Jadi warga UPSI sekalian..
Nak undi kenalah yang betul ada kelayakan yang sepatutnya..

Wakil pemimpin pelajar maksudnya adalah individu yang mewakili suara seluruh pelajar.
Jadi sepatutnya individu yang akan dipilih itu harus membawa manifesto yang berteraskan kebajikan pelajar.
Takdelah nak naik bas kene tunggu lama-lama.. berebut plak tuh..

p/s: nasib baik jam x apa2 masa berebut naik bas td..
isk3..

Tuesday, October 14, 2008

Ibu Melarang Anak Memakai Jilbab..



Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda


Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian dibiliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.

Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan.

Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja.

Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu..

Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !

Ibu : APA ?

Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni !

Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu !

Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu..?

Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang
diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja...

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!

Ibu : J A N G A N !!!

Anak : J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk ....

namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI.....

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu... dengan langkah yang longlai...




(hehehe, serius tul baca nampak..........................gue pun terkena jugak...hangin satu badan......... haaa...... hahahaha??!!]

Saturday, October 11, 2008

Doa..


Nasihat Nabi SAW kepada Ibnu Abbas ialah:
"Apabila engkau memohon dan mencari pertolongan, maka hendaklah kamu mencari pertolongan dan bantuan hanya kepada Allah Swt.”

Maka Allah SWT berfirman yang membawa maksud:
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"
(QS. Al-Fatihah [1]: 5)

Saturday, September 27, 2008

Camat Ari Ghayer..


CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks

Tuesday, September 23, 2008

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi..

Ada kesusahan dalam hati aku memikirkan sesuatu.. bukan kerana masalah kewangan tp masalah perhubungan.. bukan kerana hubungan dua insan bercinta.. bukan hubungan dengan rakan baik.. bukan juga dengan seseorang yang belum aku kenali.. tetapi dengan seseorang yang dikenali dan pernah aku jumpa orangnya..

Aku ingin mengenalimu.. aku ingin suka padamu sebagaimana dia suka padamu.. Tuhan tahu niatku seadanya.. bagaimana pandangan aku terhadapmu sebelum dan selepas itu.. aku ingin kau suka padaku tetapi bagaimana?? kerana aku x mampu berbuat apa-apa selain menjadi diriku sendiri..

Tetapi..
Selepas aku memulakan langkah ingin mengenali dan menjadikan dirimu sebahagian daripada rakan-rakanku, kau pergi.. Mengapa?

Apa sekufu baginya? apa layak baginya? aku kian x dapat mengerti perbezaannya.. bagiku pengertiannya sama.. kerana aku lihat dari perbuatanmu dan perbuatannya itu..

Sungguh...
Kini kurasakan aku tidak layak bagimu.. aku tidak layak duduk semeja denganmu.. bagaikan aku ini merayu ingin duduk semeja denganmu.. bagaikan dirimu itu Duli Yang Maha Mulia manakala aku ini pacar yang hina..

Iya.. ada betulnya kata dia.. ukurlah baju di badan sendiri.. sungguh aku tidak layak memiliki apa-apa.. mahupun mencuit hatimu...

Sungguh tiada niat lain dihatiku selain ingin mengenali dirimu.. tetapi selangkah dirimu menjauhiku.. selangkah jua aku undur darimu..

Monday, September 15, 2008

Bryan Adams


Look into my eyes-you`ll see
What you mean to me
Search your heart-search your soul
And you find me there you`ll search no more

Don`t tell me it`s not worth tryin` for
You can`t tell me it`s not worth dyin` for
You know it`s true
Everything I do-I do it for you

Look into your heart-you`ll find
There`s nothing there to hide
Take me as I am-take my life
I would give it all-i will sacrifice

Don`t tell me it`s not worth fightin` for
I can`t help it-there`s nothing I want more
Ya know it`s true
Everything I do-I do it for you

There`s no love-like your love
And no other-could give more love
There`s no nowhere-unless you`re there
All the time-all the way

Ya know it`s true
Everything I do-I do it for you..

::keep playing this video clip for this whole cloudy day..
and hence my heart keep asking..
does it worth waitin` for someone`s love??
from You Ya Allah The Almighty, show me the true path..

Monday, September 1, 2008

Ramadan Al-Mubarak

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W.,
sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang
fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang
terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di
Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf
di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan
dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang
telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan
di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya
ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap
kejahatan dan keburukan.

Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah
tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan
mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini
sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan
kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam
ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama
40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas
atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di
akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada
malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini
hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga
yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."

Monday, August 11, 2008

Ayat-ayat Cinta..




♥Desir pasir di padang tandus
♥Segersang pemikiran hati
♥Terkisah ku di antara
♥Cinta yang rumit

♥Bila keyakinan ku datang
♥Kasih bukan sekadar cinta
♥Pengorbanan cinta yang agung
♥Ku pertaruhkan

♥Maafkan bila ku tak sempurna
♥Cinta ini tak mungkin ku cegah
♥Ayat-ayat cinta bercerita
♥Cinta ku padamu

♥Bila bahagia mulai menyentuh
♥Seakan ku bisa hidup lebih lama
♥Namun harus ku tinggalkan cinta
♥Ketika ku bersujud

Monday, August 4, 2008

Gaduh yang Nikmat..

Rasa tidak keruan, sakit hati macam digarit-garit kikir parut kelapa. Kenapa? Sebab berselisih pendapat dengan si dia. Tak sampai pun sehari menyepi, masing-masing mahu sangat supaya ada sapaan.

Kita tunjuk taring, die tunjuk ego die.isk.. bila dah baik tuh, ada satu nikmat perasaan yang tak terungkapkan.

Nikmat selepas bergaduh memang sukar dinafikan. Baik suami isteri ataupun kekasih, bergaduh tuh memang susah nak elak. Ketahuilah bahawa bergaduh itu adalah satu proses yang kadangkala terpaksa dilalui untuk mencari persamaan, membina keserasian dan menguji perasaan.

Ia penting demi kita mengetahui pasangan suka ini, suka yang itu, tak suka yang ini tetapi suka begitun. Jika pergaduhan itu antara tunang atau kekasih, keadaan akan jadi lebih rumit.

Siapa dulu mahu menghantar SMS meminta maaf?? Sakit sungguh penantian itu. Bila sorang dah mengalah, sengaja tak dibalas segera.

Tapi sebenarnya hati suka dan gembira amat.
X boleh tunjuk,kadang-kadang kena control macho.

Dunia orang bercinta, dunia orang bergelar suami isteri sama jer.
Yang penting jom kita ambik yang terbaik dari semua keburukan yang mungkin melanda.

Saturday, July 19, 2008

Masalah Berat Badan..

Kita semua dah tahu, sememangnya amatlah sukar untuk menurunkan berat badan. Kadang kala, banyak dah cara di cuba, namun belum tentu akan membuahkan hasil. Berat badan tetap taknak turun, tapi sebaliknya yang berlaku. Oleh yg demikian, satu kajian telah dijalankan oleh miss doctor untuk mengetahui punca punca mengapa berat badan sukar diturunkan.Bersenam
Ketika bersenam, kita menggunakan banyak tenaga. Apabila banyak tenaga digunakan, secara tak langsung kita akan merasa penat, letih dan juga lapar. Salah satu kaedah untuk memulihkan tenaga adalah dengan makan. Harus di ingat, selera kita akan bertambah jika kita terlalu penat dan mungkin akan mengambil makanan dengan banyak. So, makanlah dengan kuantiti yang sedikit sebab tak guna bersenam tapi makan banyak-banyak.

Kurangkan makanan
Apabila kita kurangkan makanan, kita sebenarnya menyeksa diri kita secara halus. Contohnya pada waktu makan tengahari,kebiasaannya kita mengambil sepinggan nasi. Tetapi demi untuk menurunkan berat badan, kita cuma mengambil setengah pinggan nasi. Hal ini secara tak langsung, kita telah menyeksa badan kita dan mungkin tak cukup kenyang. Bila tak cukup kenyang, kita akan cepat berasa lapar dan dalam masa yang singkat, kita asyik nak mencari makan. So, asyik nak mencari makan maknanya kuat makan. Cemana nak turun berat badan?

Diet - ambil makanan tambahan (replacement meal)
Kaedah yang agak popular adalah dengan mengamalkan makanan tambahan atau replacement meal bagi menggantikan makanan ruji. Kaedah ini sebenarnya amat berguna dan amat berkesan dan mudah didapati di mana-mana namun memerlukan kos dan komitmen yang lebih sikit. Cara ini biasanya menggalakkan kita menjauhi atau mengambil makanan makanan yang agak berat seperti nasi. Namun kita semua sedia maklum, sebagai orang Asia khususnya Malaysia...mana boleh tahan kalau tak jumpa nasik tambah tambah dalam masa yang agak lama. Kalau tak lama pun, 2-3 hari sudah cukup. Ketaq badan wooo...So, bila sekali jumpa nasi, alamatnya sekawah boleh habis. Pulun tak heengat. So, jangan pelik kalau berat badan tak turun turun.

Tak makan
Ada sesetengah golongan sanggup tak makan hanya kerana ingin mengurangkan berat badan. Mungkin hanya makan sehari sekali atau dua hari sekali. Cara ini mungkin berkesan namun kebanyakan ia hanya akan memudaratkan si pengamal. Bila tak makan, kemungkinan kita akan jatuh sakit dan hanya terdampar di atas katil. Tak larat bergerak ke sana sini. Hanya mampu baring atau tido saja dan akan menjamah makanan bila sampai waktunya supaya cepat sembuh. Kemudian baring semula. Bila asyik makan tido makan tido,alamatnya....rasanya tak perlu di coretkan di sini.

p/s:
ramping woo seminggu tak makan nasi..

Sunday, July 6, 2008

Ku Merindumu..


Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

Chorus:
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu

p/s:
layanzzz arr lagu nihh..hikkhik

Thursday, May 1, 2008

Catatan untuk kita..

Setelah kamu memberikan banyak harapan kepada seseorg...
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorg, terimalah seadanya...
Janganlah kamu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa...
Apabia sesekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu akan kecewa dan meninggalkannya...
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga akhirnya...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan insan yang pasti membawa kebaikan kepada diri kamu, menyayangimu, mengasihimu...
Mengapa kamu berlengah, terus mencuba membandingkannya dengan yg lain, terlalu mengejar kesempurnaan...
Kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga akan menyesal...

Monday, April 28, 2008

hari yang sungguh kebosanan..

got no ideas

Monday, April 14, 2008

Oh Final!!

rasa macam baru semalam jer 1 januari 2008 iaitu tarikh aku datang kuliah untuk semester 4 nih.. pejam celik pejam celik hampir 4 bulan dah aku bertungkus lumus study dan study.. layan cintan xde ok..kalo ada pun ciiputtt jer..hahah

sepanjang sem4 nih boleh kira arr bape bnyak kali jer balik semban..berfoya-foya langsung tak tau..shopping pun kureng gilerr..ish3 mmg lain jer..mmg aku fokus betul2 untuk sem nih asbab nak mencapai azam 2008 yang aku war-warkan awal tahun nih.. ms bnyak habis kat study, lab report dan assignment aje.. sape yg ckp aku berfoya-foya tuh mmg nak kena cubit..heheh sampai silat pun dah x join.. tp at least ada lah kenangan yg aku simpan..tp cket jerr..






citer pasal final nih..ada 6 paper aku amik.. 3 sbjek u, 3 sbjek kira2 dan pening2..hahA

  • 21/4/08--> BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
  • 22/4/08--> PEMIKIRAN STRATEGIK DAN INOVATIF
  • 23/4/08--> PEDAGOGI PENDIDIKAN
  • 25/4/08--> VIBRATION AND WAVES OPTICS
  • 27/4/08--> XDE PAPER..TP ADA 'APA-APA'
  • 2/5/08 --> INTRODUCTORY CHEMISTRY 1
  • 5/5/08 --> ORDINARY DIFFERENTIAL EQUATIONS
TO ME!!!

apa-apa pun di sebalik kecergasan dan semangat aku untuk kembali belajar dengan tungkus lumus tuh macam sekarang pastinya ada ramai org yang berdiri di belakang aku yang support x henti-henti plus nasihat yang x putus-putus...
tima kasih kat mama abah, kakyu dan si dia cik abg saya yang sentiasa di sisi..=)
x lupa kat kak mega, rumate yang faham dan buat aku rs selesa study kat bilik.,..

Monday, March 31, 2008

Missing Card..




i created this birthday card one week before my love`s birthday..
unfortunately it`s missing!!!
waaaa~~ so sad..
i hope to see u with him soon..

USB Lamp..




produk yang dihasilkan oleh kumpulan aku untuk assignment yang terakhir bagi subjek Pemikiran Strategik dan Inovatif..UPP 1022..
antara kelebihan lampu ini ialah dapat menjimatkan penggunaan elektrik serta memudahkan pengguna yang malas nak pasang plug..hehess..
harga yang kami tawarkan amatlah berpatutan....=)

Sunday, March 16, 2008

KPD 2053 : Education Pedagogy

Da lame rase x hapdett blog nih..sian die xde orang nak peduli kat die.. aku bz tahap gaban minggu nih.. sbb nak siapkan satu assignment yang susah glerrr.. yeah, i think it is not so difficult if you just listen the roughly story of that task rather than you put yourself in my shoes..

Pedagogy assignment(KPD 2053) that we need to accomplish (done already) is about to search for learning objectives of 6 Levels in Cognitive by Taxonomy Bloom.. he created this 6 major categories of learning that are:

  • knowledge
  • comprehension
  • application
  • analysis
  • synthesis
  • evaluation
these levels are starting from the simplest to the very complex.. meaning that, the first one must be mastered before the next one can take place..

to ease ur comprehension about this theory of taxonomy, the upper level, knowledge is actually the most lowest level.. it is "low" only in the sense that it come first..

only after the learner is able to recall information of knowledge, it is possible to move on to comprehension.. which u r already and fully and totally understand about the lessons..

the third level is application which represents to using knowledge in new or real-life situations.. it is just same if you read a book of how to cook, then u apply it in your day life..

the fourth level is analysis --> to breaking down complex information into simpler parts.. as an example if u r trying to summarize the difficult notes of lecturer to the simplest notes of urs..

the fifth is synthesis that is consists of creating something that did not exist.. meaning that to use old ideas to create new ones.. we can recall here of constructive learning of Jean Piaget..

and the final level is evaluation.. it is common if u want to test ur understanding what u have learn in order to have a strong comprehension.. it is just simply as in making judgment based on previous learning.. here u can compare and discriminate between ideas and assess values of theories and to explain all about the lessons..

relating to my assignment, what I have to be done is to evaluate, to analysis and to choose some questions according to the objectives of each level of taxonomy.. sounds easy right??

Wednesday, March 5, 2008

Tentang Aku..Kamu..Kita...


kadang-kadang...
manusia-manusia itu hadir dalam hidupku...
hanyalah sekadar untuk memberi
pengalaman...
dan mereka tetap
berlalu pergi...
meskipun aku inginkan
seseorang
sebagai
peneman di masa hadapan...

tetapi ku
pasti...
Dia merancang sesuatu yang baik untukku...
yang pasti...
aku tahu aku manusia
biasa...
yang tidak mampu
mengharapkan apa-apa...

..::
buat sang pungguk::..
...
diriku telah kau pilih..dirimu telah kupilih...
selamanya akan kukasih............


Sunday, February 24, 2008

Gelang Emas...='(

sapa ada nampak Gelang Emas nih??
Plezzzz pulangkan kat saya...



uwaaaa~~~ cedehnyerrrr.....


::..moral..::
jaga harta benda anda seperti nyawa sendiri..
patah tak kan tumbuh2 lagi..
hilang tak kan berganti..

::..p/s..::
tapi..
kalo dah nak hilang nak wat cmana..
redha jer..

Friday, February 22, 2008

Diari Bisu...



Tatkala diri dalam kelemut resah…

Menepis hujan gerimis yang bertamu…

Lalu aku mencoret semuanya..

Di serpihan nota untuk mu…

Kau datang dengan seribu semangat…

Buat hati tegak untuk berdiri…

Aku meniti langkah hampir kecundang…

Namun kau masih di sisi…

Aku berlari hampir tersungkur…

Namun kau mampir lagi dihati…

Aku berlalu biarpun tanpa kesan…

Namun kau jejak ku hingga ke sini…

Kerna ku tahu impi mu…

Setinggi langit sebesar bumi…

Namun biarlah aku berdiri sendiri…

Akhirnya kelibatmu masih ada di depanku…

Biarpun aku jarang melafazkan ucapan itu…

Tapi secalit rasa, aku terlalu menghargai hubungan ini…

Tak punya sesal, keran bertemu sebegini pantas…

Lantas ku harap ia tiada noktah…

Aku tak punya kehidupan untuk kau kagumi…

Cuma sepotong hati yang ikhlas dan suci…

Cukuplah jika ia menjadi rahsia antara kita…

Cukuplah jika aku saja menemanimu dengan sepenuh rasa…




Saturday, February 16, 2008

Bad Man..

Seperkara yang perempuan tak suka - apabila diganggu oleh lelaki.. tak tahu ke wahai lelaki2 yang miang di luar sana perempuan2 bukan suka sangat diganggu korang semua.. lainlah kalau perempuan2 yang tak cukup kain ke hape.. nih yang lengkap2 complete2 tutup sume g tengok cam ikan panggang yang minta diratah2 si tompok..



Jadi bila adanya perempuan2 yang tak suka diganggu begini, maka terjadinya lah kes macam adik nurin dan sharlinie.. hurmm di mana wahai adik2ku..? dah lebih sebulan kita kehilangan sharlinie.. yang menjadi tanda tnya yang sangat tak tercapai akal kita sebagai manusia ni - yang menculik dan menariknya masuk ke dalam kereta besar berwarna hitam pada waktu kejadian ialah seorang PEREMPUAN.. di mana naluri keibuan `perempuan` tuhh???!!!

Kepada adik sharlinie dan adik nurin..
kat mana pun adik berada, akak akan senantiasa doakan kesejahteraanmu..

Wednesday, February 13, 2008

Love Dreaming...

Please..this is not a day-dreaming I tell you. This is my very very precious dream and lots of value embedded in it. I can feel it warmly and that was a wonderful feeling that I ever wanted for all this long journey of my life.

I got this dream just before I woke up early in this morning at about 6.30am after my alarm `jumping` near my ears. For about within 5 minutes I tried very hard to memorize it and finally I smiled back to her as I remember she was smiling honestly to me in my dream.


Until now and I hope it`ll never ever fade, I could not forget that smile. Oh, this is a worthiness gift from You! Alhamdulillah... I love you and miss you a bunch mama!!

Here I have this lovely song dedicated juz for you mom..

Tertanam naluri keibuan yang amat mendalam..
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan..
Oh ibu...

Di bahumu tergalas beban..
Perjalananmu penuh rintangan..
Kau titipkan kasih sayang..
Sejujur pengorbanan tak kunafikan..

Di saat kita berjauhan..
Rasa ingin ku berlari..
Mendakapimu penuh girang...
Bak si kecil kehilangan..

Kau insan penyayang..
Betapa kumerindu..
Lembutnya belaian ibu..
Membuat kuterlena..

Di wajah terlukis tenang...
Debar di dada kau rahsiakan...
Ku pastikan dikau aman..
Dikurnia sejahtera tak kulupakan...

Tiada aku tanpa ibu..
Hanya kau satu di dunia..
Bertakhta dikau di jiwaku...
Kaulah ibu yang tercinta...

Kau insan pengasih...
Betapa kumengharap..
Hadirnya restumu ibu..
Membawaku ke syurga..

Bersemi belaian kasih berpanjangan..
Darimu insan yang mendoakan kebahagianan anak2mu..
Oh ibu...

Tuesday, February 5, 2008

Anugerah..



Cantiknya seorang wanita itu sebagai Gadis,

Bukan kerana kilauan lipstick,

Pada bibir memekar senyuman kosmetik,

Tetapi pada keperibadian terpelihara..

Kelembutan kesopana menghiasi jiwa..


Cantiknya seorang wanita itu sebagai Remaja..

Tidak pada kulitnya yang mulus menggebu terdedah..

Untuk menggoda pandangan nafsu mata..

Dari menjadi mangsa tohmahan dunia..


Cantiknya seorang wanita itu sebagai Hawa..

Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam

Sehingga turunkan insane ke dunia..

Tetapi penjadi pembakar semangat perwira..

Menjadi tunjang perjuangan syuhada..


Cantiknya seorang wanita itu sebagai Isteri..

Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga..

Tetapi sentiasa bersama..

Menempuh badai di sisi suami tercinta..

Tuesday, January 29, 2008

Dato` Siti Bulat?? So What??

Apa masalahnya kalau Siti Nurhaliza tu bulat pun?? Kalau orang lain mcm Aisyah tu taklah bising pulak.. Tahulah dia public figure, tp dia tetap manusia biasa ciptaan tuhan macam kita jugak.. Jangan la kutuk2 dia badut ke hape ke, kalau kena kat batang hidung sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah..

Salah satu penyalahgunaan internet..menyebarkan perkara2 yang tak elok, pluz perkataan dan ayat2 yang mengaibkan seseorang.. macam menjatuhkan maruah orang jer..contohnya camnih..boleh dapat gambar ni senang jer, hanya di hujung jari..

Tak sayang mulut betul lah pihak2 yang tak bertanggungjawab nih...


Memanglah fesyen Dato` Siti tak sesuai dengan bentuk badannya waktu majlis pelancaran album tu..tp kene ingat yang merekanya siapa..bukan salah siti..


Moral of the story..jangan kutuk2 orang..dosa..masuk neraka, mati seksa..peace2 not war!!

Tuesday, January 15, 2008

Surat Cinta Sahabat Amy..

Pada suatu pagi yang hening, Amy sedang membersihkan barang-barang lama di biliknya. Tiba-tiba dia terjumpa sekeping surat yang dikirim daripada seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Mereka berkenalan semasa di kolej pra-universiti 2 tahun dahulu. Ikatan persahabatan mereka sangat rapat, mungkin kerana kebetulan tarikh lahir mereka jatuh pada hari yang sama pada bulan April, mereka begitu intim ke sana kemari bagaikan belangkas. Tapi..suatu hari, dia berubah dan sekeping surat dilayangkan pada Amy..


Assalamualaikum WBT..


Ke hadapan sahabatku yang amat dikasihi dan disayangi.. Sebenarnya banyak benda yang saya nak cakap pada Amy tapi saya tak mampu mengucapkannya dengan kata-kata. Melalui surat aje lah saya dapat luahkan isi hati saya pada Amy.


Mesti Amy perasan kan..saya banyak diam akhir-akhir ni.. firstly, saya nak mintak maaf banyak2 jika Amy tersinggung dengan perbuatan saya. Diam saya bukan kerana marahkan sesiapa atau kecik hati dengan Amy. Bukan dengan Amy je saya macam ni. Orang lain pun sama.. Noni, Ayin, Bie, Ecah.. Sebenarnya, diam saya kerana saya sedang memikirkan Allah.


Baru2 ni saya dah dapat sesuatu yang sangat berharga dalam hidup saya dan saya tak sanggup untuk kehilangannya. Saya dah dapat merasai cinta Allah. Walaupun cinta saya hanya setitis air laut sahaja jika dibandingkan dengan cinta Rabiatul Ardawiyah. Tapi saya sangat bersyukur. Saya ingin menjadi seperti Rabiah – setiap detik hidupnya hanyalah untuk mengingati Allah. Walaupun mungkin saya tak mampu, tapi saya akan berusaha. Hari tu saya menangis kerana Allah. Sesungguhnya saya dapat merasai cinta Allah yang terlalu agung. Walau sehebat mana pun cinta yang ada di dunia ini, tidak akan sehebat cinta-Nya. Saya sangat2 bersyukur berada di sini kerana di sinilah saya bertemu cinta Allah.


Kadang2 saya takut untuk ketawa kerana bila saya ketawa saya takut ketawa itu mengundang kemurkaan-Nya. Bila saya tengok Noni gembira, saya akan takut. Takut kebahagiaan itu hanya sementara. Kebahagiaan itu akan menyebabkan kita lupa pada Allah. Tapi, apalah daya saya untuk menahan godaan2 dan keseronokan duniawi.


Saya tak tahu Amy akan faham ke taka pa yang saya rasa tapi saya doakan satu hari nanti Amy juga akan merasai apa yang saya rasa. Kalau Amy rasa tak selesa atau tak suka saya macam ni, terpulanglah pada Amy nak buat apa..nak tinggalkan saya kea tau bersama saya.


Salam Ukhuwah:

..NOR AZILA MAT..


“Orang yang telah sampai ke tahap dapat menikmati kelazatan cinta kepada Allah, rohnya akan berenang di lautan cinta sendiri. Penilaian terhadap perhiasan dan harta benda dunia, tidak lebih dari nilai kerang yang kosong, dahan yang kering atau sungai yang keruh..bahkan lebih rendah dari itu”


Petikan dari buku ‘Percintaan Seorang Gadis Sufi’


Sehingga kini.. Amy masih tercari-cari cinta itu. Mampukah Amy?

Friday, January 11, 2008

Hijrah Menuju Allah - Devotees

Hijrah... Hijrah...
Bulat niat tekadku dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Andai rasa diri lemah
Diperjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah ada tuhan-Mu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya Hasanah

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan mutakhir
Kembara hati menuju Illahi

Salam Maal Hijrah 1429.. Semoga azam tahun baru ini dapat diimplementasi dengan sempurna dan lancar serta mendapat restu dari-Nya.. Aminnn..

Tuesday, January 8, 2008

Destinasi Cinta - Siti Nurhaliza

Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan
Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir

Chorus
Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku

Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati
Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba

Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua Berdoa
Bersama Sayang…

the most suitable song especially for those who are in love..those who want to love and to be loved for their entire lives... anyway i love this song as well as i love the singer.. hidup dato` ct..ehikss...