Sunday, February 24, 2008

Gelang Emas...='(

sapa ada nampak Gelang Emas nih??
Plezzzz pulangkan kat saya...



uwaaaa~~~ cedehnyerrrr.....


::..moral..::
jaga harta benda anda seperti nyawa sendiri..
patah tak kan tumbuh2 lagi..
hilang tak kan berganti..

::..p/s..::
tapi..
kalo dah nak hilang nak wat cmana..
redha jer..

Friday, February 22, 2008

Diari Bisu...



Tatkala diri dalam kelemut resah…

Menepis hujan gerimis yang bertamu…

Lalu aku mencoret semuanya..

Di serpihan nota untuk mu…

Kau datang dengan seribu semangat…

Buat hati tegak untuk berdiri…

Aku meniti langkah hampir kecundang…

Namun kau masih di sisi…

Aku berlari hampir tersungkur…

Namun kau mampir lagi dihati…

Aku berlalu biarpun tanpa kesan…

Namun kau jejak ku hingga ke sini…

Kerna ku tahu impi mu…

Setinggi langit sebesar bumi…

Namun biarlah aku berdiri sendiri…

Akhirnya kelibatmu masih ada di depanku…

Biarpun aku jarang melafazkan ucapan itu…

Tapi secalit rasa, aku terlalu menghargai hubungan ini…

Tak punya sesal, keran bertemu sebegini pantas…

Lantas ku harap ia tiada noktah…

Aku tak punya kehidupan untuk kau kagumi…

Cuma sepotong hati yang ikhlas dan suci…

Cukuplah jika ia menjadi rahsia antara kita…

Cukuplah jika aku saja menemanimu dengan sepenuh rasa…




Saturday, February 16, 2008

Bad Man..

Seperkara yang perempuan tak suka - apabila diganggu oleh lelaki.. tak tahu ke wahai lelaki2 yang miang di luar sana perempuan2 bukan suka sangat diganggu korang semua.. lainlah kalau perempuan2 yang tak cukup kain ke hape.. nih yang lengkap2 complete2 tutup sume g tengok cam ikan panggang yang minta diratah2 si tompok..



Jadi bila adanya perempuan2 yang tak suka diganggu begini, maka terjadinya lah kes macam adik nurin dan sharlinie.. hurmm di mana wahai adik2ku..? dah lebih sebulan kita kehilangan sharlinie.. yang menjadi tanda tnya yang sangat tak tercapai akal kita sebagai manusia ni - yang menculik dan menariknya masuk ke dalam kereta besar berwarna hitam pada waktu kejadian ialah seorang PEREMPUAN.. di mana naluri keibuan `perempuan` tuhh???!!!

Kepada adik sharlinie dan adik nurin..
kat mana pun adik berada, akak akan senantiasa doakan kesejahteraanmu..

Wednesday, February 13, 2008

Love Dreaming...

Please..this is not a day-dreaming I tell you. This is my very very precious dream and lots of value embedded in it. I can feel it warmly and that was a wonderful feeling that I ever wanted for all this long journey of my life.

I got this dream just before I woke up early in this morning at about 6.30am after my alarm `jumping` near my ears. For about within 5 minutes I tried very hard to memorize it and finally I smiled back to her as I remember she was smiling honestly to me in my dream.


Until now and I hope it`ll never ever fade, I could not forget that smile. Oh, this is a worthiness gift from You! Alhamdulillah... I love you and miss you a bunch mama!!

Here I have this lovely song dedicated juz for you mom..

Tertanam naluri keibuan yang amat mendalam..
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan..
Oh ibu...

Di bahumu tergalas beban..
Perjalananmu penuh rintangan..
Kau titipkan kasih sayang..
Sejujur pengorbanan tak kunafikan..

Di saat kita berjauhan..
Rasa ingin ku berlari..
Mendakapimu penuh girang...
Bak si kecil kehilangan..

Kau insan penyayang..
Betapa kumerindu..
Lembutnya belaian ibu..
Membuat kuterlena..

Di wajah terlukis tenang...
Debar di dada kau rahsiakan...
Ku pastikan dikau aman..
Dikurnia sejahtera tak kulupakan...

Tiada aku tanpa ibu..
Hanya kau satu di dunia..
Bertakhta dikau di jiwaku...
Kaulah ibu yang tercinta...

Kau insan pengasih...
Betapa kumengharap..
Hadirnya restumu ibu..
Membawaku ke syurga..

Bersemi belaian kasih berpanjangan..
Darimu insan yang mendoakan kebahagianan anak2mu..
Oh ibu...

Tuesday, February 5, 2008

Anugerah..



Cantiknya seorang wanita itu sebagai Gadis,

Bukan kerana kilauan lipstick,

Pada bibir memekar senyuman kosmetik,

Tetapi pada keperibadian terpelihara..

Kelembutan kesopana menghiasi jiwa..


Cantiknya seorang wanita itu sebagai Remaja..

Tidak pada kulitnya yang mulus menggebu terdedah..

Untuk menggoda pandangan nafsu mata..

Dari menjadi mangsa tohmahan dunia..


Cantiknya seorang wanita itu sebagai Hawa..

Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam

Sehingga turunkan insane ke dunia..

Tetapi penjadi pembakar semangat perwira..

Menjadi tunjang perjuangan syuhada..


Cantiknya seorang wanita itu sebagai Isteri..

Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga..

Tetapi sentiasa bersama..

Menempuh badai di sisi suami tercinta..