Saturday, July 19, 2008

Masalah Berat Badan..

Kita semua dah tahu, sememangnya amatlah sukar untuk menurunkan berat badan. Kadang kala, banyak dah cara di cuba, namun belum tentu akan membuahkan hasil. Berat badan tetap taknak turun, tapi sebaliknya yang berlaku. Oleh yg demikian, satu kajian telah dijalankan oleh miss doctor untuk mengetahui punca punca mengapa berat badan sukar diturunkan.Bersenam
Ketika bersenam, kita menggunakan banyak tenaga. Apabila banyak tenaga digunakan, secara tak langsung kita akan merasa penat, letih dan juga lapar. Salah satu kaedah untuk memulihkan tenaga adalah dengan makan. Harus di ingat, selera kita akan bertambah jika kita terlalu penat dan mungkin akan mengambil makanan dengan banyak. So, makanlah dengan kuantiti yang sedikit sebab tak guna bersenam tapi makan banyak-banyak.

Kurangkan makanan
Apabila kita kurangkan makanan, kita sebenarnya menyeksa diri kita secara halus. Contohnya pada waktu makan tengahari,kebiasaannya kita mengambil sepinggan nasi. Tetapi demi untuk menurunkan berat badan, kita cuma mengambil setengah pinggan nasi. Hal ini secara tak langsung, kita telah menyeksa badan kita dan mungkin tak cukup kenyang. Bila tak cukup kenyang, kita akan cepat berasa lapar dan dalam masa yang singkat, kita asyik nak mencari makan. So, asyik nak mencari makan maknanya kuat makan. Cemana nak turun berat badan?

Diet - ambil makanan tambahan (replacement meal)
Kaedah yang agak popular adalah dengan mengamalkan makanan tambahan atau replacement meal bagi menggantikan makanan ruji. Kaedah ini sebenarnya amat berguna dan amat berkesan dan mudah didapati di mana-mana namun memerlukan kos dan komitmen yang lebih sikit. Cara ini biasanya menggalakkan kita menjauhi atau mengambil makanan makanan yang agak berat seperti nasi. Namun kita semua sedia maklum, sebagai orang Asia khususnya Malaysia...mana boleh tahan kalau tak jumpa nasik tambah tambah dalam masa yang agak lama. Kalau tak lama pun, 2-3 hari sudah cukup. Ketaq badan wooo...So, bila sekali jumpa nasi, alamatnya sekawah boleh habis. Pulun tak heengat. So, jangan pelik kalau berat badan tak turun turun.

Tak makan
Ada sesetengah golongan sanggup tak makan hanya kerana ingin mengurangkan berat badan. Mungkin hanya makan sehari sekali atau dua hari sekali. Cara ini mungkin berkesan namun kebanyakan ia hanya akan memudaratkan si pengamal. Bila tak makan, kemungkinan kita akan jatuh sakit dan hanya terdampar di atas katil. Tak larat bergerak ke sana sini. Hanya mampu baring atau tido saja dan akan menjamah makanan bila sampai waktunya supaya cepat sembuh. Kemudian baring semula. Bila asyik makan tido makan tido,alamatnya....rasanya tak perlu di coretkan di sini.

p/s:
ramping woo seminggu tak makan nasi..

Sunday, July 6, 2008

Ku Merindumu..


Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

Chorus:
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu

p/s:
layanzzz arr lagu nihh..hikkhik