Tuesday, January 29, 2008

Dato` Siti Bulat?? So What??

Apa masalahnya kalau Siti Nurhaliza tu bulat pun?? Kalau orang lain mcm Aisyah tu taklah bising pulak.. Tahulah dia public figure, tp dia tetap manusia biasa ciptaan tuhan macam kita jugak.. Jangan la kutuk2 dia badut ke hape ke, kalau kena kat batang hidung sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah..

Salah satu penyalahgunaan internet..menyebarkan perkara2 yang tak elok, pluz perkataan dan ayat2 yang mengaibkan seseorang.. macam menjatuhkan maruah orang jer..contohnya camnih..boleh dapat gambar ni senang jer, hanya di hujung jari..

Tak sayang mulut betul lah pihak2 yang tak bertanggungjawab nih...


Memanglah fesyen Dato` Siti tak sesuai dengan bentuk badannya waktu majlis pelancaran album tu..tp kene ingat yang merekanya siapa..bukan salah siti..


Moral of the story..jangan kutuk2 orang..dosa..masuk neraka, mati seksa..peace2 not war!!

Tuesday, January 15, 2008

Surat Cinta Sahabat Amy..

Pada suatu pagi yang hening, Amy sedang membersihkan barang-barang lama di biliknya. Tiba-tiba dia terjumpa sekeping surat yang dikirim daripada seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Mereka berkenalan semasa di kolej pra-universiti 2 tahun dahulu. Ikatan persahabatan mereka sangat rapat, mungkin kerana kebetulan tarikh lahir mereka jatuh pada hari yang sama pada bulan April, mereka begitu intim ke sana kemari bagaikan belangkas. Tapi..suatu hari, dia berubah dan sekeping surat dilayangkan pada Amy..


Assalamualaikum WBT..


Ke hadapan sahabatku yang amat dikasihi dan disayangi.. Sebenarnya banyak benda yang saya nak cakap pada Amy tapi saya tak mampu mengucapkannya dengan kata-kata. Melalui surat aje lah saya dapat luahkan isi hati saya pada Amy.


Mesti Amy perasan kan..saya banyak diam akhir-akhir ni.. firstly, saya nak mintak maaf banyak2 jika Amy tersinggung dengan perbuatan saya. Diam saya bukan kerana marahkan sesiapa atau kecik hati dengan Amy. Bukan dengan Amy je saya macam ni. Orang lain pun sama.. Noni, Ayin, Bie, Ecah.. Sebenarnya, diam saya kerana saya sedang memikirkan Allah.


Baru2 ni saya dah dapat sesuatu yang sangat berharga dalam hidup saya dan saya tak sanggup untuk kehilangannya. Saya dah dapat merasai cinta Allah. Walaupun cinta saya hanya setitis air laut sahaja jika dibandingkan dengan cinta Rabiatul Ardawiyah. Tapi saya sangat bersyukur. Saya ingin menjadi seperti Rabiah – setiap detik hidupnya hanyalah untuk mengingati Allah. Walaupun mungkin saya tak mampu, tapi saya akan berusaha. Hari tu saya menangis kerana Allah. Sesungguhnya saya dapat merasai cinta Allah yang terlalu agung. Walau sehebat mana pun cinta yang ada di dunia ini, tidak akan sehebat cinta-Nya. Saya sangat2 bersyukur berada di sini kerana di sinilah saya bertemu cinta Allah.


Kadang2 saya takut untuk ketawa kerana bila saya ketawa saya takut ketawa itu mengundang kemurkaan-Nya. Bila saya tengok Noni gembira, saya akan takut. Takut kebahagiaan itu hanya sementara. Kebahagiaan itu akan menyebabkan kita lupa pada Allah. Tapi, apalah daya saya untuk menahan godaan2 dan keseronokan duniawi.


Saya tak tahu Amy akan faham ke taka pa yang saya rasa tapi saya doakan satu hari nanti Amy juga akan merasai apa yang saya rasa. Kalau Amy rasa tak selesa atau tak suka saya macam ni, terpulanglah pada Amy nak buat apa..nak tinggalkan saya kea tau bersama saya.


Salam Ukhuwah:

..NOR AZILA MAT..


“Orang yang telah sampai ke tahap dapat menikmati kelazatan cinta kepada Allah, rohnya akan berenang di lautan cinta sendiri. Penilaian terhadap perhiasan dan harta benda dunia, tidak lebih dari nilai kerang yang kosong, dahan yang kering atau sungai yang keruh..bahkan lebih rendah dari itu”


Petikan dari buku ‘Percintaan Seorang Gadis Sufi’


Sehingga kini.. Amy masih tercari-cari cinta itu. Mampukah Amy?

Friday, January 11, 2008

Hijrah Menuju Allah - Devotees

Hijrah... Hijrah...
Bulat niat tekadku dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Andai rasa diri lemah
Diperjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah ada tuhan-Mu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya Hasanah

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan mutakhir
Kembara hati menuju Illahi

Salam Maal Hijrah 1429.. Semoga azam tahun baru ini dapat diimplementasi dengan sempurna dan lancar serta mendapat restu dari-Nya.. Aminnn..

Tuesday, January 8, 2008

Destinasi Cinta - Siti Nurhaliza

Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan
Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir

Chorus
Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku

Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati
Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba

Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua Berdoa
Bersama Sayang…

the most suitable song especially for those who are in love..those who want to love and to be loved for their entire lives... anyway i love this song as well as i love the singer.. hidup dato` ct..ehikss...