Pada suatu pagi yang hening, Amy sedang membersihkan barang-barang lama di biliknya. Tiba-tiba dia terjumpa sekeping surat yang dikirim daripada seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Mereka berkenalan semasa di kolej pra-universiti 2 tahun dahulu. Ikatan persahabatan mereka sangat rapat, mungkin kerana kebetulan tarikh lahir mereka jatuh pada hari yang sama pada bulan April, mereka begitu intim ke sana kemari bagaikan belangkas. Tapi..suatu hari, dia berubah dan sekeping surat dilayangkan pada Amy..
Assalamualaikum WBT..
Ke hadapan sahabatku yang amat dikasihi dan disayangi.. Sebenarnya banyak benda yang saya nak cakap pada Amy tapi saya tak mampu mengucapkannya dengan kata-kata. Melalui surat aje lah saya dapat luahkan isi hati saya pada Amy.
Mesti Amy perasan kan..saya banyak diam akhir-akhir ni.. firstly, saya nak mintak maaf banyak2 jika Amy tersinggung dengan perbuatan saya. Diam saya bukan kerana marahkan sesiapa atau kecik hati dengan Amy. Bukan dengan Amy je saya macam ni. Orang lain pun sama.. Noni, Ayin, Bie, Ecah.. Sebenarnya, diam saya kerana saya sedang memikirkan Allah.
Baru2 ni saya dah dapat sesuatu yang sangat berharga dalam hidup saya dan saya tak sanggup untuk kehilangannya. Saya dah dapat merasai cinta Allah. Walaupun cinta saya hanya setitis air laut sahaja jika dibandingkan dengan cinta Rabiatul Ardawiyah. Tapi saya sangat bersyukur. Saya ingin menjadi seperti Rabiah – setiap detik hidupnya hanyalah untuk mengingati Allah. Walaupun mungkin saya tak mampu, tapi saya akan berusaha. Hari tu saya menangis kerana Allah. Sesungguhnya saya dapat merasai cinta Allah yang terlalu agung. Walau sehebat mana pun cinta yang ada di dunia ini, tidak akan sehebat cinta-Nya. Saya sangat2 bersyukur berada di sini kerana di sinilah saya bertemu cinta Allah.
Kadang2 saya takut untuk ketawa kerana bila saya ketawa saya takut ketawa itu mengundang kemurkaan-Nya. Bila saya tengok Noni gembira, saya akan takut. Takut kebahagiaan itu hanya sementara. Kebahagiaan itu akan menyebabkan kita lupa pada Allah. Tapi, apalah daya saya untuk menahan godaan2 dan keseronokan duniawi.
Saya tak tahu Amy akan faham ke taka pa yang saya rasa tapi saya doakan satu hari nanti Amy juga akan merasai apa yang saya rasa. Kalau Amy rasa tak selesa atau tak suka saya macam ni, terpulanglah pada Amy nak buat apa..nak tinggalkan saya kea tau bersama saya.
Salam Ukhuwah:
..NOR AZILA MAT..
“Orang yang telah sampai ke tahap dapat menikmati kelazatan cinta kepada Allah, rohnya akan berenang di lautan cinta sendiri. Penilaian terhadap perhiasan dan harta benda dunia, tidak lebih dari nilai kerang yang kosong, dahan yang kering atau sungai yang keruh..bahkan lebih rendah dari itu”
Petikan dari buku ‘Percintaan Seorang Gadis Sufi’
Sehingga kini.. Amy masih tercari-cari cinta itu. Mampukah Amy?
3 comments:
hope u'll find whut r u looking 4.. :)
tq...=)
salam buat shbt yg amat kusygi dan kurindui..
di saat ku membaca kembali warkah ini, aku xdpt menahan air mata ini..
adakah aku yg menulis ayat2 ini??
aku sgt bersyukur dgn hidayah yg Allah berikan pdku waktu itu. andai ku mampu, aku ingin kembali ke waktu itu. saat aku merasai indahnya cinta sejati. indahnya bersama shbt2 yg sering mengingati..namun aku hanya insan biasa, yg xberdaya,yg sering lupa. kdgkala aku kuat, kdgkala aku lemah. Ya Allah, kembalikanlah rsa cintaku terhdpMu spt yg pernah kurasai dulu. aku sgt2 merinduiMu..
syukran jazilan amy krn mengingatkn ku kembali akn sesuatu yg sgt berharga dlm hidupku. semoga Allah membimbing kita ke jln yg benar, jln yg diberkati. amin
Post a Comment