Monday, August 4, 2008

Gaduh yang Nikmat..

Rasa tidak keruan, sakit hati macam digarit-garit kikir parut kelapa. Kenapa? Sebab berselisih pendapat dengan si dia. Tak sampai pun sehari menyepi, masing-masing mahu sangat supaya ada sapaan.

Kita tunjuk taring, die tunjuk ego die.isk.. bila dah baik tuh, ada satu nikmat perasaan yang tak terungkapkan.

Nikmat selepas bergaduh memang sukar dinafikan. Baik suami isteri ataupun kekasih, bergaduh tuh memang susah nak elak. Ketahuilah bahawa bergaduh itu adalah satu proses yang kadangkala terpaksa dilalui untuk mencari persamaan, membina keserasian dan menguji perasaan.

Ia penting demi kita mengetahui pasangan suka ini, suka yang itu, tak suka yang ini tetapi suka begitun. Jika pergaduhan itu antara tunang atau kekasih, keadaan akan jadi lebih rumit.

Siapa dulu mahu menghantar SMS meminta maaf?? Sakit sungguh penantian itu. Bila sorang dah mengalah, sengaja tak dibalas segera.

Tapi sebenarnya hati suka dan gembira amat.
X boleh tunjuk,kadang-kadang kena control macho.

Dunia orang bercinta, dunia orang bergelar suami isteri sama jer.
Yang penting jom kita ambik yang terbaik dari semua keburukan yang mungkin melanda.

0 comments: