Tuesday, September 23, 2008

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi..

Ada kesusahan dalam hati aku memikirkan sesuatu.. bukan kerana masalah kewangan tp masalah perhubungan.. bukan kerana hubungan dua insan bercinta.. bukan hubungan dengan rakan baik.. bukan juga dengan seseorang yang belum aku kenali.. tetapi dengan seseorang yang dikenali dan pernah aku jumpa orangnya..

Aku ingin mengenalimu.. aku ingin suka padamu sebagaimana dia suka padamu.. Tuhan tahu niatku seadanya.. bagaimana pandangan aku terhadapmu sebelum dan selepas itu.. aku ingin kau suka padaku tetapi bagaimana?? kerana aku x mampu berbuat apa-apa selain menjadi diriku sendiri..

Tetapi..
Selepas aku memulakan langkah ingin mengenali dan menjadikan dirimu sebahagian daripada rakan-rakanku, kau pergi.. Mengapa?

Apa sekufu baginya? apa layak baginya? aku kian x dapat mengerti perbezaannya.. bagiku pengertiannya sama.. kerana aku lihat dari perbuatanmu dan perbuatannya itu..

Sungguh...
Kini kurasakan aku tidak layak bagimu.. aku tidak layak duduk semeja denganmu.. bagaikan aku ini merayu ingin duduk semeja denganmu.. bagaikan dirimu itu Duli Yang Maha Mulia manakala aku ini pacar yang hina..

Iya.. ada betulnya kata dia.. ukurlah baju di badan sendiri.. sungguh aku tidak layak memiliki apa-apa.. mahupun mencuit hatimu...

Sungguh tiada niat lain dihatiku selain ingin mengenali dirimu.. tetapi selangkah dirimu menjauhiku.. selangkah jua aku undur darimu..

0 comments: