Sunday, March 22, 2009

Selamat Hari Jadi Abang...


HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED FIANCE...


MAMPU BELANJA AIS KRIM JER..
JEMPUT2 MAKAN...
JANGAN MALU-MALU...

Saturday, March 21, 2009

Hari Jadi Abang...

Esok hari jadi abang.. tunang saya yang amat saya kasihi.. banyak plan dalam fikiran saya untuk menyambut hari jadinya.. antaranya membuat kek batik..

Walaupun mungkin tidak seistimewa dan sesedap secret recipe.. tp saya percaya dia akan rasa istimewa walaupun mungkin x sedap..

Selain daripada tu, saya bercadang untuk menghadiahkan dia sesuatu yang saya rasa dia tak lah begitu menyukai benda tu..

Sebab akan nampak girlish pulak.. memang sesuai kalo diberi pada perempuan jer lah.. tp saya rasa nak bagi juga hadiah tu… saya cuma harap dia gembira…

Emmmm…. tapi… saya rasa sangat2 terkilan harini.. kenapa?

Sebab saya x dapat pergi ke kl kerana perlu hadir kelas ganti EM esok dan akan habis lebih kurang pukul1.. kemudian lepas tu group member biologi saya nak buat discussion pukul 2.. dah nasib..

By the way, Selamat Hari Jadi Abang..

Kesibukan...

Assalamualikum wbt...

Dah lama saya x update semenjak awal tahun ini... Kesibukan! itu yang dapat saya luahkan.. selain daripada tu, internet wireless kat kolej khar ni memang langsung x dapat...

Kadang2 hilang sabar juga sebab banyak info dan bahan yang perlu dicari... kita dah bayar RM60 setiap semester untuk wireless ni..rasanya cap ayam ni kot..

Sementara tuh, draf jadual final exam dah dikeluarkan di fakulti.. melalui kawan2 diorang cakap gapnya agak kejam.. saya rasa ok sebab dalam satu hari xde paper pagi dan petang..

Yang agak kejam kat jadual ni, ada satu tarikh yang sepatutnya cuti bagi meraikan sesuatu..aduhhhh... sungguh sedih hati saya..uhuks3.....

Berikut tarikh2 bagi semua subjek yang akan saya duduki.... Tempat peperiksaan dan nombor tempat duduk masih dalam penyelenggaraan kottt...

TARIKH

MASA

SUBJEK

21 APRIL 2009

09:00

TSR 3013 : KAEDAH PENYELIDIKAN

23 APRIL 2009

14:30

TFA 2053 : FIZIK MODEN

24 APRIL 2009

09:00

TFG 2023 : INSTRUMENTASI ASAS

27 APRIL 2009

09:00

KPT 2063 : REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI

29 APRIL 2009

14:30

TBA 1023 : PENGENALAN BIOLOGI II

05 MAY 2009

09:00

TFA 2023 : KEELEKTROMAGNETAN

06 MAY 2009

09:00

BALIK!!!!!!!! CUTI SEM SUDAH…..

Friday, March 20, 2009

Bulan Mac..

Assalamualaikum wbt..

Mac yang sangat sibuk... semua assignment dan lab report perlu dihantar sebelum April menjengah.. dicelah2 kesibukan selesaikan tugasan2 tu, ada pulak lecturer yang rajin nak bagi quiz dan midterm test..

Minggu lepas pada hari sabtu, test Instrumentasi Asas... soalannya ok dan x susah sangat.. insyAllah subjek ni akan saya skor..

Hari Sabtu dan Ahad ni pulak dah jadi macam hari2 biasa.. ada test Fizik Moden dengan kelas ganti EM... sampaikan terpaksa batalkan plan untuk sambut harijadi tunangku ituh pada hari ahad...

Dalam kesibukan tuh, saya masih x lupakan keluarga.. minggu lepas saya balik ke seremban untuk menjenguk mama.. terpaksa tinggalkan kuliah dan UPSI... mungkin sudah nasib, masa turun tangga..disangka sudah anak tangga yang terakhir.. akhirnya jatuh...

Akibatnya, demam dan mc sampai seminggu... masa saya sampai di rumah mama terbaring kat katil.. sayu hati saya tengok mama...


MAMA DENGAN AMIR

SAYA DENGAN MAMA YANG TERSAYANG

Saya cium tangan mama... mama buka mata.. saya lihat air matanya berguguran... kenapa? mungkin mama terharu melihat saya pulang deminya... alhamdulillah.. moga saya tergolong dalam golongan anak yang soleh... desis hati saya..

ANAK SOLEH - AEMAN

Aku anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim