Friday, April 10, 2009

Tiang Arasyh


Salam...

Dalam sehari berapa kalikah bergegarnya tiang arasyh??
Mungkin akan berlaku suatu hari nanti.. mungkin sudah hari ini, semalam atau kelmarin... lafaz talak adalah sesuatu tindakan yang halal namun cukup tidak disukai oleh Allah SWT..

Pendapat saya di sini.. ianya adalah lebih baik jika diteruskan seandainya suami isteri dah x ada persefahaman dan menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka..

Daripada apa yang saya baca, konflik rumahtngga dpt diatasi melalui perbincangan dan masuk campur oleh orang tengah dr kalangan ahli keluarga terdekat... jika masih belum selesai seeloknya rujuk kaunselor (orang berautoriti)... kalau x selesai lagi memang dah ditakdirkan jodoh mereka setakat tu sahaja...

Tapi..
Sanggupkah anak-anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah? Sanggupkah melihat seorang ibu tunggal melalui hidup yang amat perit sebagai seorang janda?

Bagi saya.. seorang wanita mengabdikan hidupnya untuk dikahwini bukan untuk dikecewakan sebegitu.. bukan untuk ditinggalkan bersendirian dan bukan untuk dihina, diherdik, dipukul dan diceraikan oleh suaminya.. tapi inginkan sebuah kebahagiaan yang abadi.. iaitu di akhirat kelak..

Saya akan berkahwin dalam tahun ini.. sememangnya perkara ini sangat menghantui.. sama2lah kita doakan yang terbaik dalam hidup.. dengan harapan yang paling tinggi supaya kaum wanita tidak disia-siakan.. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

0 comments: