Cantiknya seorang wanita itu sebagai Gadis,
Bukan kerana kilauan lipstick,
Pada bibir memekar senyuman kosmetik,
Tetapi pada keperibadian terpelihara..
Kelembutan kesopana menghiasi jiwa..
Cantiknya seorang wanita itu sebagai Remaja..
Tidak pada kulitnya yang mulus menggebu terdedah..
Untuk menggoda pandangan nafsu mata..
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia..
Cantiknya seorang wanita itu sebagai Hawa..
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insane ke dunia..
Tetapi penjadi pembakar semangat perwira..
Menjadi tunjang perjuangan syuhada..
Cantiknya seorang wanita itu sebagai Isteri..
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga..
Tetapi sentiasa bersama..
Menempuh badai di sisi suami tercinta..
2 comments:
:) cantik madahnya.. harap2 pujangganyapn menganggapnya satu anugerah.. :)
alhamdulillah..pujangganya akan cuba mencontohi muslimah sejati sperti Siti Hawa, Ainul Mardhiya, Rabia`tul Adawiyah dan Siti Khadijah..;)
Post a Comment