Hari ahad lepas adalah hari yang yang dinantikan bagi semua anak2 untuk meraikan ibu yang diorang sayangi.. tanpa ibu siapalah kita dalam dunia ini...
Bagi family besar saya, kitorang menyambutnya di Sungai Besi memandangkan kat situ tempat tinggal satu2nya nenek saya yang masih ada.. sambutan ni adalah kejutan yang amat menggamatkan sebab mmg x disangka2 oleh sape2..heheh
'Pakatan' juga telah dikomplot oleh bapa2 dan sepupu2 saya.. hampir semua ada join..mmg meriah bangattt...saper xde mmg rugi besar..
Juadah pulak disumbangkan oleh sapa2 jer yang sudi..apa lagi x muat meja nak letak makanan..
Abah sumbang sate 100 cucuk, kak nana kfc, kek secret recipe kakyu kot dan menu sampingan oleh tuan rumah iaitu nurul.. agaknyalah.. yg x sempat sebut sorryy morryy..
Hari isninnya, saya baru sempat lekat kat rumah sebab hari sabtu berjalan dgn kawan kat melaka.. x smpat buat kek untuk mama.. belatedlah jadinya.. tp xper asalkan jadi jugak..khas untukmu mama...
Kita sebagai anak ni kan kenalah hargai kehadiran seorang ibu semasa mereka masih ada lagi.. sayangi dia dengan pebuh kasih sayang.. curahkan segala tanggungjawab kita pada dia selagi dia masih hidup..
Jangan bila mereka hilang, baru kita sedar betapa pentingnya mereka dalam hidup kita..
Kita harus ingat...tangan2 merekalah yang membesarkan kita... 9 bulan wehh, jangka masa yang begitu menyeksakan...
Melahirkan dengan penuh kudrat yang ada.. sesungguhnya kita terhutang nyawa dgn mereka.. yelah..nyawa mereka sebagai galang gantinya....
Apakah kita mampu untuk membayar bakti itu??
Buat kek jer x cukup..itu yang pasti...
0 comments:
Post a Comment