Wednesday, October 31, 2007

Cinta Pertama..3

Hari ini Ramadan yang ke-17, hari Nuzul Al-Quran. Seperti biasa, aku akan menunaikan solat terawikh di masjid negeri bersama Kak Lisa. Entah mengapa malam ini ada perasaan aneh menyusup di sanubariku. Selepas solat tarawikh aku sengaja tidak menunaikan solat sunat witir kerana aku ingin bertahajud sebelum bersahur. Aku mengundurkan diriku dari saf solat ketika jemaah lain menunaikan solat witir.

Ketika aku ingin mengambil sepatuku di rak kasut, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di tangga berdepan dengan rak kasut tersebut. Jantungku berdegup kencang tatkala dia menoleh ke arahku. Wajahnya tidak pernah kulupa, senyum yang sentiasa terukir di bibir lantas dilontarkan senyum itu padaku. Aku masih lagi terpinga-pinga dengan penuh tanda tanya yang berserabut di minda.

“Maaf kerana buat Mas menunggu lama, Kak Lisa yang membantu Syam menerobos rahsia dalam hati Mas. Cerita Kak Lisa tentang Syam intim dengan rakan sekerja hanya rekaan semata-mata. Ia hanya untuk mengusik hati kecil Mas sahaja. Syam harap Mas tidak terguris dengan gurauan seperti itu”, Syam ketawa kecil sementara jantungku terus bergelojak laju seakan menanti kata-kata seterusnya.

“Syam ingin menoktahkan penantian Mas Syawal ini. Syam yakin dah bertemu dengan apa yang dicari. Sebenarnya Syam sengaja tak mahu mengikat hati Mas. Syam tak mahu kita hanyut dalam perasaan cinta. Ada baiknya cinta kita diikat dengan hubungan yang halal. Keluarga Syam akan ke rumah Mas nanti. Nantikan Syam di mahligai cinta kita wahai Masturaku..”, sambung Syam dengan bersuara tenang.

Sukar untukku gambarkan perasaan ini. Ada rasa syukur yang teramat. Rupanya inilah hikmah yang kunanti. Malam itu, aku yakin akan cinta pertamaku, Kamarul Hisyam..

Tuesday, October 23, 2007

Cinta Pertama..2

“Mas ada dengar cerita baru tentang Syam?, Kak Lisa bersuara memulakan bicara selepas menghidangkan Teh O limau panas kegemaranku. Kak Lisa adalah teman serumahku juga kawan baikku dan Syam sewaktu di universiti.

Aku menggeleng perlahan. Sebenarnya sudah hampir tiga minggu aku tidak berjumpa Syam. Dia juga langsung tidak menghubungiku, mungkin sudah jauh hati kerana aku jarang membalas pesanannya di telefon bimbitku.

Kak Lisa memandang tepat ke mukaku. Aku tiba-tiba rasa tidak sedap hati. “Dia dah nak kahwin ke?” sengaja aku bertanya dengan nada berseloroh menyembunyikan perasaanku.

“Jadi Mas dah tahu la?” Kak Lisa bertanyaku semula. Aku menjadi bertambah tak keruan. Tetapi sempat juga aku tersenyum kelat pada Kak Lisa. Gurauan Cikgu Ashikin kembali bermain di mindaku. Inikah yang dimaksudkan dengan gigit jari?

“Nak kahwin tu tak pasti tapi dia sekarang dah intim dengan seseorang. Kawan sekerja dia. Akak terjumpa mereka masa seminar di PJ Hilton minggu lepas”, Kak Lisa membalas dengan nada sederhana sambil melirik tepat ke anak mataku. Mungkin untuk melihat reaksiku. Aku cuba berlagak tenang. Kembali menghirup teh O limau yang hampir suam. Kak Lisa terusan memandangku seperti mahu penjelasan dariku.

“Dah jodoh dia kak, nak kata apa.”, balasku selamba. “Kami pun kawan biasa aje, tak lebih dari itu. Dengan siapa dia mahu keluar, itu bukan hak saya untuk menghalang”, sambungku lagi.

“Akak rasa kalian berdua sama-sama ego. Masing-masing mementingkan diri sendiri. Kenapa Mas tak luahkan perasaan Mas pada dia? Kenapa Mas mesti lepaskan dia pada orang lain padahal Mas dah menanti bertahun-tahun?”, bertalu-talu soalan keluar dari bibir Kak Lisa. Aku semakin lemas dengan situasi ini. Jiwaku rasa kian memberat menanggung rasa yang telah lama kusimpan sendiri. Tanpaku sedari mataku berkaca. Aku tunduk menyembunyikan wajah sayuku dari pandangan Kak Lisa.

“Mas dah penat Kak Lisa. Mas dah tak sanggup menati. Jika ini terbaik untuk dia, Mas redha dia pergi. Mungkin kami lebih sesuai menjadi kawan. Mas tak boleh paksa dia untuk mencintai Mas”, aku bersuara lirih. Terasa beban yang kutanggung sedikit terlerai.

Malam itu aku gagal melelapkan mata. Kenangan aku Syam hadir satu persatu. Dia sebenarnya yang paling memahamiku. Paling tahu kegemaranku dan tak pernah jemu membantuku. Sebenarnya apa yang paling menarik hati aku tentang Syam ialah kerana akhlak dan agamanya. Dia banyak membentuk diriku. Dari gadis yang lincah dan bebas berpakaian kepada gadis yang menutup aurat. Dari gadis yang tak kenal tikar sembahyang kepada gadis yang mula mencintai Tuhan. Juga nasihat dan pesanannya tak jemu-jemu dilontarkan padaku.

Namun `penghijrahanku` bukanlah kerana Syam semata-mata, tetapi aku benar-benar ingin memulakan hidup baru. Aku seorang guru, jadi aku harus jadi teladan yang baik buat pelajarku. Aku tidak mahu anak-anak didikku berpakaian tidak menutup aurat dan bergaul bebas. Syam cuma membuka jalan bagiku.

Ya Tuhan..bagaimana hamba-Mu ini mampu melupakan dirinya. Setelah sekian lama rasa sayang dan kasih padanya bersarang dalam hatiku. Aku mengucap panjang. Aku sedar bahawa Tuhan ingin menguji tahap keimananku. Hanya pada Tuhan kuberserah, kuyakin akan ada hikmah yang menanti. Aku tidak jemu-jemu bangun di sepertiga malam memohon diberi kekuatan jiwa dan mengharapkan agar aku dipertemukan dengan orang yang soleh kelak. Insya-Allah..

Monday, October 22, 2007

Cinta Pertama..1

AKU INGIN BERUSAHA SEDAYANYA UNTUK MELEPASKAN `DIA` PERGI DARI JIWAKU. AKU SEMAKIN TAK MAMPU MENANGGUNG SAKIT MENYIMPAN CINTA DALAM DIAM. SEBELUM LUKAKU BERTAMBAH PARAH, BIAR KUSINGKIRKAN PERASAAN YANG BERMAIN DI JIWA INI. SEBELUM AKU HILANG PERTIMBANGAN, ADA BAIKNYA KUBUNUH CINTA YANG SEMAKIN MEMEKAR INI.

Sengaja kumenawarkan diri untuk mengikuti perkhemahan Kelab Kembara Sekolah walaupun tanggungjawab itu diserahkan pada Kak Lisa. Sekurang-kurangnya aku dapat melupakan dirinya buat beberapa hari.

“Mujur la ada cikgu yang rajin macam Mas ni. Semua aktiviti sekolah dia sanggup ikut. Ada harapan jadi guru cemerlang ni.” Cikgu Ashikin menegurku ketika menjejakkan kaki ke bilik guru. Guru Biologi itu memang peramah dan suka diajak berbual.

“Dia anak dara senang laa..kalau dah bersuami macam kita ni lainlah. Nak uruskan anak lagi, lagi pula kalau perut ni memboyot”, sampuk Cikgu Siti yang sarat mengandung anak ketiga.
Aku Cuma tersenyum mendengar kata-kata mereka. “Mas pun bosan duduk di rumah. Dari masa belajar lagi dah biasa aktif. Ralat pula kalau duduk-duduk je di rumah”, aku membalas kata-kata mereka sambil menyusun buku-buku pelajar di meja.

“Nak sibuk tu boleh, tapi jangan sampai lupa nak luangkan masa untuk si dia. Nanti ada yang gigit jari”, seloroh Cikgu Ashikin sambil menepuk bahuku.

Aku tersentak mendengar guraun tersebut. Sememangnya hubunganku dengan Syam bukanlah rahsia dikalangan teman-temanku. Syam pernah membantuku ketika menganjurkan perkhemahan motivasi tempoh hari. Syam juga yang menolongku menyiapkan hiasan rumah sukan semasa hari sukan dua bulan lalu. Mereka mengandaikan kami mempunyai hubungan yang istimewa walaupun hakikatnya kami cuma berkawan. Aku sebenarnya sudah teramat letih dengan hubungan `teman tapi mesra` kami ini. Syam seolah-olah bermain tarik tali denganku. Perkenalan sedari universiti sudah memasuki tahun keenam. Sikapnya yang melayanku dengan baik membuahkan perasaan istimewa dalam diriku. Kadangkala gurauannya boleh kusalahertikan. Dia pernah bergurau yang dia sanggup menantiku sehingga tamat pengajian malah dia pernah membayangkan kelak setiap hari terpaksa menjamah masakanku yang masin.

Aku sememangnya mengakui dirinya begitu istimewa dalam hatiku. Tak pernah hariku berlalu tanpa mengingati dirinya. Namun mengapa dia tak pernah menyatakan siapakah diriku dalam hidupnya. Dia memperkenalkan aku sebagai teman baiknya kepada rakan-rakan sekerjanya. Dia juga tak pernah memperkenalkan aku pada keluarganya. Adakah dia benar-benar menyukai aku atau aku yang perasan sendiri.

Bersambung-->

Friday, October 5, 2007

Hebat...

Hebat tol aku..hehe..pe salahnya angkat bakul sendiri sekali sekala kala kan..aku baru aje lepas menyiapkan satu projek assignment aku yang terakhir..x sangka leh siapkan dalam masa 24 jam nih..begitu hebat hebat sekali ahli-ahli kumpulan aku tuh..diorang sume pi hembus sisa-sisa kerja yang x habis tu kat aku..

Aku ler kene cakap masa rakam video, aku ler kene edit, aku la kene 'bakar' cd dan aku la kene bangun pepagi nanti untuk print report..tapi kenyataannya aku x tido lagi woi, bleh ke bangun pagi neh..=)huhu..diorang ni memang..mentang2 aku ada motor kapcai tuh..ada gak jasa dia kat aku..huhu.. Hoh..esok aku xmoh dah present..stakat nyampuk2 bleh lah..haha..letih tahap dewa dah nih..di kala ini jam dah pukul 4.15pagi..kul 9.00pagi ni nak present..wish me luck buddies!! nitezzzz...zzZZzz

Penat + Salah ke??

Assalamualaikum..

Hai, arinih nak rock cket yea..baru best..x mo skema sgt..sebab aku nak lepas tension pada sape2 yang melepaskan tensionnya pada aku..haiyaa..ape la itu orang..

Harini aku penat tahap dewa..pagi tadi bangun2 tido dah kene jawab soklan mekanik yang payah giler..problemass..habis carry mark aku sem nih,huhu..kalu gini ler citernye..aku kene up cket aku nye study bf final nih..bagus gak en.wan wat quiz di kala aku malas nak study ni kan..yo lah,,asik assignment ajer..mane larat nak study..hehe..en.wan nih lecturer kesayangan aku dan zuariyah anak pak hasan tuh, memang kami suka benar ler puji dia..bukan bodek tapi kan dah memang kene berbaik dgn lecturer untuk dpat markah bonus gituh..=)

Sebaik sahaja lepas test mekanik..aku terus g discussion untuk mini project aku yang kene submit pagi jumaat esok..siap kene present time tuh gak..sebelum tuh aku dapat mesej dari org yang melepaskan tensionnya kat aku..pening2..ha, b`balik pada project aku tuh..tajuk project group aku nih adalah 'free fall motion' di mana kami ingin mengkaji pecutan graviti pada ketinggian yang berbeza..mula2 pening gak nak perah ilham untuk wat project nih..ingat senang ke, nak kene cari software, pikir lagi cane nak construct model,haha..kan senang amik miss universe aje..kikiki..bnyak gak idea-idea kami yang kene reject oleh kami sendiri..haha..tuh yang sukar tu..tapi xpe,life must go on..akhirnya jumpa gak software yang boleh detect 'sound wave' yang bernama 'Visual Analyser'..nak guna software ni pun satu hal gak, sebab dia ada pantang larang..hai,macam2..tapi kitorang teruskan gak..hehe..sume kitorang siapkan sampai petang tadi..bersama kelaparan yang tiada tandingannya itu plus penat tahap dewa tersebut..

Malam ni......
Pegi terawikh la..pe lagi..Alhamdulillah..Tuhan telah berikan aku kekuatan untuk berterawikh pada malam-malam sepanjang Ramadan..semoga keluarga, sanak saudara dan sahabat handai aku pun camtuh gak...jom sama2 kita mencari dan terus mencari malam lailatul qadar yang penuh barqah ini..yeye..x sabarnye nak nyanyi lagu 'esok hari raya..esok hari raya' dengan riang ria..hehe..

Cuma aku bingung dengan kepenatan hari ini..kenapa ada orang nak melepaskan tensi dia kat aku..pe lah salah aku kat dia? padahal aku dah wat yang sebaik mungkin untuk dia..pelik2..ada sorang teman aku ni plak asik berfikiran negatif aje..sampai membandingkan cara aku berkawan dgn cara barat..aku pelik la..aku nak sgt tanya dia kenapa?kenapa?kenapa?salah ke aku? ya,mungkin aku ada salah ckp di sana sini sampai dia slah tafsir apa yg aku cakap..aku x marah cuma sedih je..memang..kadangkala nasib tidak menyebelahi kita..memang..masalah sentiasa mencampuri urusan hari-hari kita x kira masa bila, di mana jua dan untuk apa..
Untuk apa?? Semuanya ada perkaitan dengan Tuhan..jika kita kaitkan semua masalah kita dengan Tuhan pasti kita akan redha dan sabar dan jika kita kaitkan bahagia dan laba dengan Tuhan pasti kita akan berasa bersyukur dan tenteram..apa-apa pun..fikirlah dari sudut yang positif..dan yang penting TUHAN ITU MAHA ADIL DAN MENGETAHUI..ye lah kan..walau apa sahaja orang yang melepaskan tensionnya kat aku tu nak cakap pe pun..kan..kan..kan..

p/s: jika hidup seseorang itu penuh dengan kesukaran, percayalah suatu hari nanti dia pasti akan berasa kebahagiaan yang amat bermakna walau sesaat sekalipun..
Sekian..

Tuesday, October 2, 2007

Menyintai Bukan Bermakna Memiliki..

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......