AKU INGIN BERUSAHA SEDAYANYA UNTUK MELEPASKAN `DIA` PERGI DARI JIWAKU. AKU SEMAKIN TAK MAMPU MENANGGUNG SAKIT MENYIMPAN CINTA DALAM DIAM. SEBELUM LUKAKU BERTAMBAH PARAH, BIAR KUSINGKIRKAN PERASAAN YANG BERMAIN DI JIWA INI. SEBELUM AKU HILANG PERTIMBANGAN, ADA BAIKNYA KUBUNUH CINTA YANG SEMAKIN MEMEKAR INI.
Sengaja kumenawarkan diri untuk mengikuti perkhemahan Kelab Kembara Sekolah walaupun tanggungjawab itu diserahkan pada Kak Lisa. Sekurang-kurangnya aku dapat melupakan dirinya buat beberapa hari.
“Mujur la ada cikgu yang rajin macam Mas ni. Semua aktiviti sekolah dia sanggup ikut. Ada harapan jadi guru cemerlang ni.” Cikgu Ashikin menegurku ketika menjejakkan kaki ke bilik guru. Guru Biologi itu memang peramah dan suka diajak berbual.
“Dia anak dara senang laa..kalau dah bersuami macam kita ni lainlah. Nak uruskan anak lagi, lagi pula kalau perut ni memboyot”, sampuk Cikgu Siti yang sarat mengandung anak ketiga.
Aku Cuma tersenyum mendengar kata-kata mereka. “Mas pun bosan duduk di rumah. Dari masa belajar lagi dah biasa aktif. Ralat pula kalau duduk-duduk je di rumah”, aku membalas kata-kata mereka sambil menyusun buku-buku pelajar di meja.
“Nak sibuk tu boleh, tapi jangan sampai lupa nak luangkan masa untuk si dia. Nanti ada yang gigit jari”, seloroh Cikgu Ashikin sambil menepuk bahuku.
Aku tersentak mendengar guraun tersebut. Sememangnya hubunganku dengan Syam bukanlah rahsia dikalangan teman-temanku. Syam pernah membantuku ketika menganjurkan perkhemahan motivasi tempoh hari. Syam juga yang menolongku menyiapkan hiasan rumah sukan semasa hari sukan dua bulan lalu. Mereka mengandaikan kami mempunyai hubungan yang istimewa walaupun hakikatnya kami cuma berkawan. Aku sebenarnya sudah teramat letih dengan hubungan `teman tapi mesra` kami ini. Syam seolah-olah bermain tarik tali denganku. Perkenalan sedari universiti sudah memasuki tahun keenam. Sikapnya yang melayanku dengan baik membuahkan perasaan istimewa dalam diriku. Kadangkala gurauannya boleh kusalahertikan. Dia pernah bergurau yang dia sanggup menantiku sehingga tamat pengajian malah dia pernah membayangkan kelak setiap hari terpaksa menjamah masakanku yang masin.
Aku sememangnya mengakui dirinya begitu istimewa dalam hatiku. Tak pernah hariku berlalu tanpa mengingati dirinya. Namun mengapa dia tak pernah menyatakan siapakah diriku dalam hidupnya. Dia memperkenalkan aku sebagai teman baiknya kepada rakan-rakan sekerjanya. Dia juga tak pernah memperkenalkan aku pada keluarganya. Adakah dia benar-benar menyukai aku atau aku yang perasan sendiri.
Bersambung-->
Monday, October 22, 2007
Cinta Pertama..1
coretan ~anasyhh~ at 5:34 PM
Labels: cerpen raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment