“Mas ada dengar cerita baru tentang Syam?, Kak Lisa bersuara memulakan bicara selepas menghidangkan Teh O limau panas kegemaranku. Kak Lisa adalah teman serumahku juga kawan baikku dan Syam sewaktu di universiti.
Aku menggeleng perlahan. Sebenarnya sudah hampir tiga minggu aku tidak berjumpa Syam. Dia juga langsung tidak menghubungiku, mungkin sudah jauh hati kerana aku jarang membalas pesanannya di telefon bimbitku.
Kak Lisa memandang tepat ke mukaku. Aku tiba-tiba rasa tidak sedap hati. “Dia dah nak kahwin ke?” sengaja aku bertanya dengan nada berseloroh menyembunyikan perasaanku.
“Jadi Mas dah tahu la?” Kak Lisa bertanyaku semula. Aku menjadi bertambah tak keruan. Tetapi sempat juga aku tersenyum kelat pada Kak Lisa. Gurauan Cikgu Ashikin kembali bermain di mindaku. Inikah yang dimaksudkan dengan gigit jari?
“Nak kahwin tu tak pasti tapi dia sekarang dah intim dengan seseorang. Kawan sekerja dia. Akak terjumpa mereka masa seminar di PJ Hilton minggu lepas”, Kak Lisa membalas dengan nada sederhana sambil melirik tepat ke anak mataku. Mungkin untuk melihat reaksiku. Aku cuba berlagak tenang. Kembali menghirup teh O limau yang hampir suam. Kak Lisa terusan memandangku seperti mahu penjelasan dariku.
“Dah jodoh dia kak, nak kata apa.”, balasku selamba. “Kami pun kawan biasa aje, tak lebih dari itu. Dengan siapa dia mahu keluar, itu bukan hak saya untuk menghalang”, sambungku lagi.
“Akak rasa kalian berdua sama-sama ego. Masing-masing mementingkan diri sendiri. Kenapa Mas tak luahkan perasaan Mas pada dia? Kenapa Mas mesti lepaskan dia pada orang lain padahal Mas dah menanti bertahun-tahun?”, bertalu-talu soalan keluar dari bibir Kak Lisa. Aku semakin lemas dengan situasi ini. Jiwaku rasa kian memberat menanggung rasa yang telah lama kusimpan sendiri. Tanpaku sedari mataku berkaca. Aku tunduk menyembunyikan wajah sayuku dari pandangan Kak Lisa.
“Mas dah penat Kak Lisa. Mas dah tak sanggup menati. Jika ini terbaik untuk dia, Mas redha dia pergi. Mungkin kami lebih sesuai menjadi kawan. Mas tak boleh paksa dia untuk mencintai Mas”, aku bersuara lirih. Terasa beban yang kutanggung sedikit terlerai.
Malam itu aku gagal melelapkan mata. Kenangan aku Syam hadir satu persatu. Dia sebenarnya yang paling memahamiku. Paling tahu kegemaranku dan tak pernah jemu membantuku. Sebenarnya apa yang paling menarik hati aku tentang Syam ialah kerana akhlak dan agamanya. Dia banyak membentuk diriku. Dari gadis yang lincah dan bebas berpakaian kepada gadis yang menutup aurat. Dari gadis yang tak kenal tikar sembahyang kepada gadis yang mula mencintai Tuhan. Juga nasihat dan pesanannya tak jemu-jemu dilontarkan padaku.
Namun `penghijrahanku` bukanlah kerana Syam semata-mata, tetapi aku benar-benar ingin memulakan hidup baru. Aku seorang guru, jadi aku harus jadi teladan yang baik buat pelajarku. Aku tidak mahu anak-anak didikku berpakaian tidak menutup aurat dan bergaul bebas. Syam cuma membuka jalan bagiku.
Ya Tuhan..bagaimana hamba-Mu ini mampu melupakan dirinya. Setelah sekian lama rasa sayang dan kasih padanya bersarang dalam hatiku. Aku mengucap panjang. Aku sedar bahawa Tuhan ingin menguji tahap keimananku. Hanya pada Tuhan kuberserah, kuyakin akan ada hikmah yang menanti. Aku tidak jemu-jemu bangun di sepertiga malam memohon diberi kekuatan jiwa dan mengharapkan agar aku dipertemukan dengan orang yang soleh kelak. Insya-Allah..
Tuesday, October 23, 2007
Cinta Pertama..2
coretan ~anasyhh~ at 9:09 PM
Labels: cerpen raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment