Monday, November 2, 2009

Do Not Betray!!!

hahahaha... i was laugh at the first dialogue!
i bet u'd laugh like me too..
you should watch this..
dun talk too much..
JUZ WATCH!!!




any husbands out there.. never ever have intention to betray!!
think the consequences...
hahahahaha.....

Saturday, October 31, 2009

Study Week!!

i don't study for exam..
OMG!!
i am studying for thesis!
-------------------------------------------------------
that's all from me for this entry..
tq for reading!
--CLOSED--

Tuesday, October 6, 2009

My Blog..

I just can say hi! to my blog..
well.. sesungguhnya tersangatlah malas nak update ...
sebab sebok dgn mcm2 komitmen as a student nih...
sampai terlalu lama x update kisah2 hidup saya nih..

apa tugas2 student sbenarnya..
hanya belajar bak kata abang..
hihih..tp saya buat benda selain dr belajar..

contohnya..
tgk jer entri kat bawah tuh..
jual kueh raya yuuu..hihihi...
sajer tambah pendapatan utk topup kedit hp...
x salah kan...

well.. new bad news telah memunculkan dirinya..
it's about posting for student teachers that will graduate during 2010..
penempatan akan dibekukan kerana kegawatan ekonomi..
x tercapai akalku sungguh kenapa kami jadik mangsa..

WHY???

hape ingt aku byr hutang ptptn pakai pasir pantai ker...
hmmm.. dugaan sungguh...
cadangan abang supaya saya sambung blajar..
bukan kat tmpt lain.. tempat sama gak kena hadap..
upsi bumi bertuahku...
hamekk besar aku fontkan tulisan dia...
abang suh saya baiki pointer selama 2 thn tuh supaya dapat 3 pointer above..

nak wat cemana...
sekarang org nak hire pun kena tgk pointer...
well...
actually.. grad and pointer is nothing..
it is how u convey the lessons...
plus the soft-skill that must have be embedded in u..

baru td en fauzi ckp..
in order u to pass in interview..
u have to be a very good communicator and listener..
eventhough your competer has better pointer than you...

Tuesday, August 25, 2009

Tempahan Biskut Raya 2009

Tempahlah Sekarang!
Tempahan Kuih Raya bermula hari ini sehingga seminggu sebelum raya..
Iaitu 13/09/09..
Jadi apa tunggu lagi..
Anda harus segera dapatkannya dengan beberapa langkah mudah seperti dibawah..
Tart Nenas di bawah merupakan salah satu pilihan yang amat digemari oleh pelanggan kami setiap tahun...
Kpd anda yang belum pernah merasanya, cubalah tahun ini...
Tart Nenas ini menarik kerana...
Teksturnya yang lembut dan intinya yang home-made pure nenas, manis dan sangat lazat...
BR01: Tart Nenas (RM25/50keping)
Bukan Tart Nenas sahaja!
Kami menawarkan beberapa jenis biskut raya lagi....
Bilangan biskut di dlm bekas b'gntung pd saiz..
Biasanya 24-30kpg...
Enjoy the delicious pics!

BR02: Peanut Butter Crunch (RM15/24-30kpg)
BR03: Aman Makmur (RM15/24-30kpg)
BR04: London Almond (RM15/24-30kpg)
BR05: Green Peas (RM15/24-30kpg)
BR06: Cornflakes Blackcurrent (RM15/24-30kpg)
BR07: Choc Marble (RM15/24-30kpg..my febrett..rich of chocss!!)
BR08: Choc D'Amos (RM15/24-30kpg)
BR09: Butter Drops (RM15/24-30kpg)
BR10: Almond Snow Cookies (RM15/24-30kpg)
Sedapp kan??
Jadi mengapa tunggu lagi..
Segera dapatkan biskut raya yang menggamit selera ini...
Untuk membuat pesanan..
Ikuti langkah2 berikut...

Cara Membuat Pesanan:
1) Call @ SMS, Amy Asma (013 272 4901), atau
2) emailkan kepada saya: amy.pingu@gmail.com
- semasa membuat pesanan, sila berikan nama penuh, no tel, alamat, dan nombor kod bikskut raya_bil bekas. (cth: BR01_3bekas)
Lokasi Penghantaran atau Collect Sendiri:
- Area Slim River, Tanjung Malim, Rawang, Sungai Buloh, Lembah Klang dan Seremban sahaja.
- Tempat2 lain>> boleh bincang, ada sdikit kos pnghantaran bcoz bskut ni fragile cket, so kena pakai posmen yg berkualiti..
Cara Membuat Bayaran:
amat mudah..
1) Bank-In ke akaun..
Maybank (MBB) - 1551 3508 2476
Bank Islam (BIMB) - 0806 8020 3522 07
AMYASMA BT MOHAMMED
atau,
2) COD (Cash On Delivery)
p/s:
- penghantaran atau collect boleh dilakukan setelah membuat bayaran dan seminggu sebelum raya..

Thursday, August 13, 2009

Oh Bulan!

gambar di pesta konvo 3 sem yang lepas...

oh bulan..
jangan layan diriku lagi..
pabila airmata membasahi pipi..
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku..
pabila kau bersama yang lain..

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta..
yang masih bersemadi untukmu..
dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu..
kau juga merindui aku...

ku enggan..
berpura2 ku bahagia..
ku enggan...
melihat kau bersama si dia..
oh ku akui cemburu mula menular dalam diri..
pabila kau bersama yang lain...

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta..
yang masih bersemadi untukmu..
dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu..
kau juga merindui aku...

pabila kau merenung matanya..
ku rebah jatuh ke bumi..
di saat kau benar2 mahu pergi seperti ku bernafas dalam air..


layanzzzzz oh bulanss....
tutor oh tutor plak lepas nih...


alhamdulillah..seusai habiskan tutorial sejak pagi tadi.. dapatlah aku rileks2 sekejap.. banyak benda jadik kat upsi nih.. 2 mggu lepas kami dikuarantin kerana lebih 200 org yang disyaki H1N1.. dptlah cuti semggu yang mana dah jadik cuti semester...

sekarang pulak tengah berlangsungnya Istiadat Konvokesyen yang ke-11 yang bermula 11-15 ogos 2009... so semestinya ada pesta konvo yang dinanti2kan untuk mengabihkan boreh... ada booth baju, tudung, teddy bear, jam dan makanan serta aktiviti2 yang menarik.. tp saya x pergi pun sbb sebok buat tutorial dan mcm2 kije lg kena siapkan... insyaallah akan pergi hr jumaat lepas kelas...

bila dah ada pesta nih mestilah ada konsert.. pihak penganjur siap panggil arits lagi iaitu jacklyn victor dan faizal tahir juga sekumpulan nasyid yang agak tdk dikenali... hah.. apalagi, sbb setiap universiti ada biro kebajikan pelajarnya so adalah yang membangkang.. diorang dah siap jumpa bg memohon pembatalan konsert dr TNC HEP lagi tapi x dilayan.. kesian En. Akmal tuh.. tp diorang x berhenti setakat tu jer..
pada malam perasmian di padang UPSI 2 hari lepas, pihak pro kebajikan MPP dan Alumni Mahasiswa Islam (AMI) bersama Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) melakukan tindakan memprotes.. sebaik sahaja jack pegang mic, pihak membangkang yang awalnya duduk di bahagian hadapan semasa perasmian bangun serentak dan meninggalkan majlis..

ramai yang memberi komen bahwa tndakan mereka itu kurang sopan terhadap orang luar yang dtg ke UPSI.. memang pun sebab sebagai bakal guru, kita kenalah jaga imej UPSI dan imej GURU sendiri.. tindakan membangkang diadakan konsert itu adalah yang sewajarnya sbb kami ada hak tp mungkin caranya kurang manis..

mmg spttnya lebih baik tdk dipanggil artis ke UPSI..apa pula ckp masyarakat Tg.Malim nnti...lgpun sempena istiadat konvokesyen kat UPSI nih buatlah aktivti ilmiah selain daripada berhibur dengan artis..ada komen yang menyokong pula lagu yang dipersembahkan ada mesej positif utk disampaikan.. lagu jack Gemilang dan Bersamamu tuh memanglah tp lgu Faizal Tahir??? rata2 ramai yang membantah konsert sebegitu diadakan... membazir masa jer berhibur depan artis tuh..dgr kat radio jadiklah..

lagipun.. satu fact yang saya dgr.. utk membyar hrga 2 lagu yang dinyanyikan Jack pada mlm tuh sekurang2nya 8k.. yang mana hmpir bersamaan dgn jumlah pinjaman PTPTN yang saya dpat selama 2 sem!!! mana UPSI nak dpt duit bayar jack tuh, mestilah daripada yuran yang kami bayar!! hampass.. heishh....

kesal.. kecewa.. habiskan duit utk perkara yang kita x rela...

saya faham...
sesungguhnya tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima atau meminta..
sungguh........ saya x akan meminta lagi...
daripada pihak yang berkenaan...

Tuesday, August 11, 2009

What A Day...


Bit by bit.. It drops..
And it happens again...

Wednesday, July 15, 2009

Full of Misery...



it's a long time since my last update to this blog..

dunno how to express what i feel now...

during this period of time, i juz feeling a little bit down..

maybe my mood got something to do with what i have done...

but hopefully it wont affect my study bcoz i got 2 more sems to be a student...


commonly... everybody experince it probably...

doing something wrong but in the same time we feel great to do that is something that we cant avoid...

but how ironically is.. at the end of the day we feel regret...(not regreat ok!)

because we now realized we done wrong...

this is what we call 'permainan dunia'...


it teaches us to handle trouble!

now i have to handle this all alone? no, i'm not alone...


i just wish that i can turn everything back.... Ya Allah! I beg u...

Monday, June 22, 2009

I Am Sorry!!!


Everybody needs alittle time away

i heard her say from each other

even lovers need a holiday

far away from each other

hold me now


its hard for me to say i'm sorry

i just want you to stay

and after all that you've been through

i will make it up to you

i promise you, baby

and after all thats been said and done

you're just a part of me i cant let go

couldnt stand to be kept away

not for a day from your body

wouldnt want to be swept away

far away from the one that i love


hold me now

its hard for me to say i'm sorry

i just want you to know

hold me now

i really wanna tell you i'm sorry

i could never let you goooooo..

after all that we've been trough

i will make it up to you i promise

and after all thats been said and done

you're just a part of me

i cant let go i cant let go

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari Ibu...

Hari ahad lepas adalah hari yang yang dinantikan bagi semua anak2 untuk meraikan ibu yang diorang sayangi.. tanpa ibu siapalah kita dalam dunia ini...

Bagi family besar saya, kitorang menyambutnya di Sungai Besi memandangkan kat situ tempat tinggal satu2nya nenek saya yang masih ada.. sambutan ni adalah kejutan yang amat menggamatkan sebab mmg x disangka2 oleh sape2..heheh

'Pakatan' juga telah dikomplot oleh bapa2 dan sepupu2 saya.. hampir semua ada join..mmg meriah bangattt...saper xde mmg rugi besar..

Juadah pulak disumbangkan oleh sapa2 jer yang sudi..apa lagi x muat meja nak letak makanan..
Abah sumbang sate 100 cucuk, kak nana kfc, kek secret recipe kakyu kot dan menu sampingan oleh tuan rumah iaitu nurul.. agaknyalah.. yg x sempat sebut sorryy morryy..

Hari isninnya, saya baru sempat lekat kat rumah sebab hari sabtu berjalan dgn kawan kat melaka.. x smpat buat kek untuk mama.. belatedlah jadinya.. tp xper asalkan jadi jugak..khas untukmu mama...
Kita sebagai anak ni kan kenalah hargai kehadiran seorang ibu semasa mereka masih ada lagi.. sayangi dia dengan pebuh kasih sayang.. curahkan segala tanggungjawab kita pada dia selagi dia masih hidup..
Jangan bila mereka hilang, baru kita sedar betapa pentingnya mereka dalam hidup kita..
Kita harus ingat...tangan2 merekalah yang membesarkan kita... 9 bulan wehh, jangka masa yang begitu menyeksakan...
Melahirkan dengan penuh kudrat yang ada.. sesungguhnya kita terhutang nyawa dgn mereka.. yelah..nyawa mereka sebagai galang gantinya....
Apakah kita mampu untuk membayar bakti itu??
Buat kek jer x cukup..itu yang pasti...

Tuesday, May 5, 2009

Birthday Gurl!


Dah nak 2 minggu hari jadi saya berlalu.. sebab ada paper masa jadinya hari saya..hikss.. sebab tu la x smpat nak update blog ni..

hari sabtu lepas ikut tunang pegi chenor.. hajatnya nak terus naik smpai cherating tp x kesampaian... rindu nak bercanda tepi pantai lagik.. :)

anyway mekasih sayang bawak jalan2 dan makan2 kat restoran nelayan yang agak romantik tuh.. saya bantai sampai 4 ekor udang yang besar2.. hahaha jarang kan dpt makan best2..

sempena hari jadi yang ke 22 thn ni.. bnyak juga hadiah dan ucapan yang saya dapat, ada satu yang comel sgt..x smpat nak tgkap gmbrnya..

orang yang tersayang bagi sebuah buku 'Aku Terima Nikahnya'.. memang x sbr nak nikah dah dia nih..hikhikhiks..
buku ni katanya best tp saya x smpat nak bc lagi.. insyaallah akan dihabiskan...

wishlist untuk tahun ni..
harap2 pointer sem ni akan meningkat.. barulah orang sayang..kan..kan..
dah puas berusaha, sekarang cuma perlu berdoa dan tawakal tu 'alallah.. insyaallah

Merdeka?!

Merdekakah???

Dah last paper dah harini.. dengar ni saya nak menyampaikan pesanan penaja sepatah dua...

Selamat tinggal kepada pen, kertas, nota, kertas OMR, kertas soalan yang killing
me inside (hikss...), pengawas peperiksaan, jam kat dewan peperiksaan dll..sebab
saya x dijajah lagi dengan korang sumer!
Ada satu citer best lagik... hari ini adalah hari yang paling bertuah untuk saya dan member2 em semua.. sebab boleh sangat2 jawab paper em td kan...kan.... nasib baik dah last paper..kalo x fenin lagi lah kepalo den ni haa.. ucapan khas ini ditujukan untuk en.roszairi bin haron,,
Terima kasih sebab try nak menggagalkan kami....
Jap lagi nak kemas2 barang nak lari dari kolej.. selamat tinggal KHAR.. ko memang x patut halau aku... wawawawa...

Cuti sem ni hapa nak wat ekk...
  1. start final year project(burinksnyerrr...)
  2. fitting baju sanding kat butik rins
  3. membelah shopping complex carik barang hantaran
  4. nak kije tp x dapat...xde masa
  5. try make something new, eg. buat kek+western food.. tgguuu..
  6. any more seuggestion...??

Thursday, April 23, 2009

.........

Andai tiap ketika aku merinduimu
Ia seperti bintang di langit
Mahu aku petik untuk diberikan padamu
Namun tiada kesahutan
Jika malam ini kau dongak ke langit
Dan kau lihat langit itu kosong
Jangan salahkanku

Tahzan

Seindah tiada lagi kau kuingatkan
Sayang kau hilang
Menanti hingga sampai akhir hayat ku di dunia ini
Kau tahu betapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Ohh BELAIAN JIWA........
Ohh angin...
Sampaikan rinduku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah laguku jadi teman hidupmu untuk selamanya
Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Ohh BELAIAN JIWA..........

p/s: La Tahzan Hatiku...

Friday, April 10, 2009

Tiang Arasyh


Salam...

Dalam sehari berapa kalikah bergegarnya tiang arasyh??
Mungkin akan berlaku suatu hari nanti.. mungkin sudah hari ini, semalam atau kelmarin... lafaz talak adalah sesuatu tindakan yang halal namun cukup tidak disukai oleh Allah SWT..

Pendapat saya di sini.. ianya adalah lebih baik jika diteruskan seandainya suami isteri dah x ada persefahaman dan menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka..

Daripada apa yang saya baca, konflik rumahtngga dpt diatasi melalui perbincangan dan masuk campur oleh orang tengah dr kalangan ahli keluarga terdekat... jika masih belum selesai seeloknya rujuk kaunselor (orang berautoriti)... kalau x selesai lagi memang dah ditakdirkan jodoh mereka setakat tu sahaja...

Tapi..
Sanggupkah anak-anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah? Sanggupkah melihat seorang ibu tunggal melalui hidup yang amat perit sebagai seorang janda?

Bagi saya.. seorang wanita mengabdikan hidupnya untuk dikahwini bukan untuk dikecewakan sebegitu.. bukan untuk ditinggalkan bersendirian dan bukan untuk dihina, diherdik, dipukul dan diceraikan oleh suaminya.. tapi inginkan sebuah kebahagiaan yang abadi.. iaitu di akhirat kelak..

Saya akan berkahwin dalam tahun ini.. sememangnya perkara ini sangat menghantui.. sama2lah kita doakan yang terbaik dalam hidup.. dengan harapan yang paling tinggi supaya kaum wanita tidak disia-siakan.. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Sunday, March 22, 2009

Selamat Hari Jadi Abang...


HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED FIANCE...


MAMPU BELANJA AIS KRIM JER..
JEMPUT2 MAKAN...
JANGAN MALU-MALU...

Saturday, March 21, 2009

Hari Jadi Abang...

Esok hari jadi abang.. tunang saya yang amat saya kasihi.. banyak plan dalam fikiran saya untuk menyambut hari jadinya.. antaranya membuat kek batik..

Walaupun mungkin tidak seistimewa dan sesedap secret recipe.. tp saya percaya dia akan rasa istimewa walaupun mungkin x sedap..

Selain daripada tu, saya bercadang untuk menghadiahkan dia sesuatu yang saya rasa dia tak lah begitu menyukai benda tu..

Sebab akan nampak girlish pulak.. memang sesuai kalo diberi pada perempuan jer lah.. tp saya rasa nak bagi juga hadiah tu… saya cuma harap dia gembira…

Emmmm…. tapi… saya rasa sangat2 terkilan harini.. kenapa?

Sebab saya x dapat pergi ke kl kerana perlu hadir kelas ganti EM esok dan akan habis lebih kurang pukul1.. kemudian lepas tu group member biologi saya nak buat discussion pukul 2.. dah nasib..

By the way, Selamat Hari Jadi Abang..

Kesibukan...

Assalamualikum wbt...

Dah lama saya x update semenjak awal tahun ini... Kesibukan! itu yang dapat saya luahkan.. selain daripada tu, internet wireless kat kolej khar ni memang langsung x dapat...

Kadang2 hilang sabar juga sebab banyak info dan bahan yang perlu dicari... kita dah bayar RM60 setiap semester untuk wireless ni..rasanya cap ayam ni kot..

Sementara tuh, draf jadual final exam dah dikeluarkan di fakulti.. melalui kawan2 diorang cakap gapnya agak kejam.. saya rasa ok sebab dalam satu hari xde paper pagi dan petang..

Yang agak kejam kat jadual ni, ada satu tarikh yang sepatutnya cuti bagi meraikan sesuatu..aduhhhh... sungguh sedih hati saya..uhuks3.....

Berikut tarikh2 bagi semua subjek yang akan saya duduki.... Tempat peperiksaan dan nombor tempat duduk masih dalam penyelenggaraan kottt...

TARIKH

MASA

SUBJEK

21 APRIL 2009

09:00

TSR 3013 : KAEDAH PENYELIDIKAN

23 APRIL 2009

14:30

TFA 2053 : FIZIK MODEN

24 APRIL 2009

09:00

TFG 2023 : INSTRUMENTASI ASAS

27 APRIL 2009

09:00

KPT 2063 : REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI

29 APRIL 2009

14:30

TBA 1023 : PENGENALAN BIOLOGI II

05 MAY 2009

09:00

TFA 2023 : KEELEKTROMAGNETAN

06 MAY 2009

09:00

BALIK!!!!!!!! CUTI SEM SUDAH…..

Friday, March 20, 2009

Bulan Mac..

Assalamualaikum wbt..

Mac yang sangat sibuk... semua assignment dan lab report perlu dihantar sebelum April menjengah.. dicelah2 kesibukan selesaikan tugasan2 tu, ada pulak lecturer yang rajin nak bagi quiz dan midterm test..

Minggu lepas pada hari sabtu, test Instrumentasi Asas... soalannya ok dan x susah sangat.. insyAllah subjek ni akan saya skor..

Hari Sabtu dan Ahad ni pulak dah jadi macam hari2 biasa.. ada test Fizik Moden dengan kelas ganti EM... sampaikan terpaksa batalkan plan untuk sambut harijadi tunangku ituh pada hari ahad...

Dalam kesibukan tuh, saya masih x lupakan keluarga.. minggu lepas saya balik ke seremban untuk menjenguk mama.. terpaksa tinggalkan kuliah dan UPSI... mungkin sudah nasib, masa turun tangga..disangka sudah anak tangga yang terakhir.. akhirnya jatuh...

Akibatnya, demam dan mc sampai seminggu... masa saya sampai di rumah mama terbaring kat katil.. sayu hati saya tengok mama...


MAMA DENGAN AMIR

SAYA DENGAN MAMA YANG TERSAYANG

Saya cium tangan mama... mama buka mata.. saya lihat air matanya berguguran... kenapa? mungkin mama terharu melihat saya pulang deminya... alhamdulillah.. moga saya tergolong dalam golongan anak yang soleh... desis hati saya..

ANAK SOLEH - AEMAN

Aku anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Thursday, February 12, 2009

Oh Elektromagnet!!


gler kentang susahnye elektromagnet nih.. macam kena hempap apa jer kat kpala aku nih nak siapkan tutorial die.. hmmm cemane nak pass wif flying colors yer sem nih...

yang paling menakutkan bebudak batch aku yang amik subjek ni sem lepas paling tnggi pun dpat B- jer.. tuh pun budak 4flat matriks tuh... apetah kan lagi aku yang sekerdil ini.. ehekkss.. kerdil la sangat..huhuhu

to my sayang.. thanks for being such a helpful lovely person to me in solving the problems... more or less it do help me to trace the way... i know it seems very impossible for me to pass for this subject if i often say benda nih susahlaaa... but it really reallyyy susah... but i will try and i already try my best.. emmm.. i'm sorry if u feel uncomfortable with it..

ahaaa.. here got a very glad-to-hear information that i get from one of my member who took this subject last sem... she looked at the question and compared with their final questions.. thank god she said theirs are easier than this!
i hope my turn gonna be more more more more easier than benda susah nih... but at the same time i have to study smartly..... insyaAllah..pray for me!! ;)

Friday, January 30, 2009

Saatnya Untuk Bernikah

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." (HR Tarmidzi dan Ahmad)


Saya tidak tahu apakah ini merupakan HUKUM SEJARAH yang digariskan allah. Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya. Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada ALASAN SYAR'IE dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya. Atau ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung ada yang mahu serius.


Kadangkala lingkaran ketakutan itu berlanjutan. Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan kerana takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima tak berubah lagi masalahnya. Laki-laki mengalami SINDROM KEMAPANAN (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30). Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi. Seperti HUKUM KATEGORI, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori. Begitu pula KRITERIA TENTANG JODOH, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.

Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soal apakah ada orang yang mau menikah dengannya? Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya. Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik. Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam. Iaitu KEKHAWATIRAN KETIDAKMAMPUAN MENCARI NAFKAH sementara anak masih kecil. Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan KHAWATIR KEMATIAN lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati. Apabila tidak ada iman maka muncul keputusasaan.



Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata. Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:
Wahai Ali, ada TIGA PERKARA JANGAN DITUNDA-TUNDA; apabila SOLAT telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya, dan perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." (HR Ahmad)
dipetik dari iluvislam.com
oleh: kausar cowries
editor: everjihad

Saturday, January 17, 2009

Lagu Kita - Aizat

hmm.. quite hectic this sem because i got three subjects that are very2 tough.. they are electromagnets, modern physics and basic instrumentation which are tougher, tough and not so tough respectively... wif the assignments and projects.. journals here and there..

i dunno whether i can make it or not.. but at least i`ll make sure that i try my best to make it.. i know i have to have a full of spirits to face these challenges..

however.. i dun have to do thesis for this sem bcause im not gonna do praktikum next sem.. it has been carried to final sem.. thank god!

anyway.. i love aizat.. his voice, songs and his spirits to lose his weight.. yeah to achieve our target, we must learn to be discipline.. otherwise we absolutely cannot get what we want..
when is my turn to slim plak ekkk?? ehikhikss..

here got aizat`s new song.. Lagu Kita..



Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Tuesday, January 13, 2009

Kurangkan Degil dan Panas Baran




Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak atau suami ialah:

  • Membaca surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
  • Membaca bismillah 5 (3 kali )