Apakah azam tahun baru saya?
Apakah azam tahun baru saya?
Apakah azam tahun baru saya?
Apakah azam tahun baru saya?
Banyak betul target saya untuk tahun 2008 nih.. ada empat tuh.. mujur ada ramai orang sokong dari belakang dan tengah serta tepi =D tapi bolehkah tercapai? mampukah? macam lagu nasyid In-Team..Hanya Tuhan Yang Tahu..=) tapi apa-apa pun kene berusahalah kan..
Tapi yang pentingnya.. fokus utama saya untuk tahun baru ni adalah untuk menaikkan apa yang turun dan menambahbaikkan apa yang teruk.. pendek kata transformasi positif dari negatif.. heheh tapi sume org mahu positif kan..
Anda pula? Apa Azam tahun baru anda?
Saturday, December 29, 2007
Azam 2008
coretan ~anasyhh~ at 2:32 PM 3 comments
Wednesday, December 19, 2007
Puji dan Asah Minda Bersama Mereka..
Masihkah anda ingat bagaimana cara ibu bapa dan guru-guru anda mendidik dan membimbing anda dalam pelajaran dan juga disiplin anda di rumah mahupun di sekolah? Sejauh mana pula anda menerimanya?
Tindakan guru memukul adalah tidak wajar walaupun berada dalam keadaan tertekan dengan disiplin pelajar, tidak mendengar kata dan beban kerja yang bertambah.
Guru perlu mengubah paradigma. Mereka harus sedar, profesion perguruan hari ini sangat mencabar dan memerlukan beberapa perubahan pendekatan dalam mendekati pelajar bermasalah.
Pelajar sekolah degil dan tidak berdisiplin kerana dirangsang faktor luaran, termasuk didikan, pendedahan dan kawalan di rumah serta di luar kawalan guru.
Apa yang boleh dilakukan ialah menggunakan pendekatan memberi galakan dan pujian. Beberapa kajian di Barat menunjukkan guru yang memberi pujian ke atas perbuatan positif pelajar berjaya meningkatkan prestasi pelajar bermasalah dari segi akademik dan disiplin walaupun sedikit.
Pendekatan sama boleh dilakukan di rumah. Ibu boleh memberi galakan atau pujian berpatutan setiap anak menyiapkan tugas atau kerja sekolah. Perkara itu walaupun pada peringkat awal tidak dilakukan sepenuhnya. Anak tadi akan terangsang dan merasakan dirinya dihargai setiap kali menyempurnakan tugas. Secara beransur-ansur prestasi kerjanya akan meningkat.
Mengenai anak malas menjawab soalan yang memerlukan dia berfikir, kita kena sama-sama fikirkan bagaimana mereka boleh teruja dengan menjawab soalan yang memerlukannya berfikir.
Ibu bapa perlu budayakan berfikir bersama-sama anak. Berfikir banyak faedahnya, termasuk merangsang minda, menjadikan seseorang itu lebih tajam fikirannya dan lebih ceria menghadapi kehidupan. Ini sebenarnya nikmat yang hanya dirasakan oleh mereka yang berfikir.
coretan ~anasyhh~ at 12:11 AM 4 comments
Labels: pendidikan, pesanan
Tuesday, December 11, 2007
Gerak Hati..
Pernah tak sekali dalam hidup, anda perlu memilih salah satu daripada beberapa pilihan..? Sudah tentu ada kan. Contohnya apabila anda sedang memilih salah satu baju daripada beberapa baju di pusat membeli belah..tapi camane kalo setiap baju yang jadi tumpuan anda tuh ada kelebihan dan kekurangan..hmm..susah kan..
Pas sejenak 2 jenak termenung berfikir..akhirnya kita pun wat satu pilihan yang mana kita tak tahu yang kita akan berpuas hati atau tidak dgn baju tuh..tp yang penting mesti baju tu fit dan sesuai dengan kita, kan..
Kadang-kadang apa sahaja pilihan yang kita buat dalam hidup kita adalah gerak hati yang tuhan kurniakan pada dalam hati kita..maka terimalah dan pakailah baju tu seadanya.
p/s: saya sudah pun membuat pilihan..anda..bila lagi??=))
coretan ~anasyhh~ at 1:14 AM 7 comments
Monday, December 3, 2007
Destinasi Cinta - Siti Nurhaliza
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan
Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir
Chorus
Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku
Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati
Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba
Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
BerduaBerdoa
BersamaSayang…
the most suitable song especially for those who are in love.. those who want to love and to be loved for the rest of their live.. anyway i love this song as well as i love the singer.. hidup dato` ct..ehikss...
coretan ~anasyhh~ at 12:11 PM 0 comments
Labels: lirik
Friday, November 30, 2007
Perjuangan Yang Tiada Noktah..
Alhamdulillah selesai dah satu perjuangan dan kemenangan yang saya nantikan selama ini. Selama hampir 2 tahun sejak memiliki Bengkung Awan Putih Cula Tiga semasa saya di Kolej Matrikulasi Melaka dulu, sekarang ni baru berkesempatan nak teruskan perjuangan ke peringkat seterusnya. Baru tadi saya menjalani ujian untuk mendapatkan Bengkung Pelangi Hijau bersama kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Selama 5 hari 4 malam berhempas pulas memperjuangkan silat seni bela diri yang saya sertai sejak 4 tahun yang lalu iaitu Silat Seni Gayong Malaysia. Bermula isnin haritu training kat Gymnasium UPSI setiap hari dari hari isnin hingga khamis sebagai persediaan saya dan rakan-rakan anak gayong untuk `grading` atau ujian kenaikan bengkung.
Selama 4 hari menjalankan latihan intensif tuh, al-kebiasaannya semua akan rasa sengal-sengal badan dan lembam sana sini. tu la cabaran yang harus dilalui untuk ujian tuh. saya x yah cerita la, habeh bahu nih bengkak sebab kene banting ngan partner silat saya..lebam2 kaki dengan tangan..huhu..meh saya ceritakan serba sedikit tentang ujian yang saya jalani tadi.
Untuk mendapatkan Bengkung Pelangi Hijau, seseorang anak gayong akan diuji beberapa asas gerakan bahagian 2, asas elakan bahagian 2, golongan anak harimau 21, buah tapak kunci mati 1-7, buah tapak kunci hidup 1 dan serangan harimau atau combat.
haha..banyak tak?? selama 4 hari tuh nak ingat dan kemaskan gerakan-gerakan tuh..mana tak nya..setiap hari bermula 9 pagi dah start latihan sampai 12 tengahari, rehat jap smbung balik kul3 petang sampai 5 petang..malam pun ada lagi tuh sampai kul11 malam..memang intensif tol..
Walau bagaimanapun.. Perjuangan nih takkan berhenti setakat ni aje..ada banyak peringkat yang perlu saya perjuangkan..Perjuangan yang tiada noktah..
coretan ~anasyhh~ at 3:38 PM 3 comments
Labels: diari
Tuesday, November 27, 2007
Syhh.. Dialah..
Hadirnya tanpaku sedari..
Menggamit kasih cinta bersemi..
Hadir cinta insan padaku ini..
Perasaan rindu yang kian menyinari..
Anugerah kurniaan ilahi..
Teratur tutur bicaranya..
Menarik hatiku untuk mendekatinya..
Sikapnya yang menyenangi hatiku..
Pelakuannya yang mengambil hatiku..
Juga manis senyumannya..
Memikat di hati..
Mendamaikan jiwaku yang resah, yang bercelaru ini..
YA ALLAH.. jika dia benar untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku..
Tabahkanlah hatiku dengan ketentuanmu..
Syhh.. Dialah..
Permata yang dicari..
Selama ini telah ku temui..
Tapiku tak pasti..
Rencana ilahi..
Apakah dia kan ku miliki..?
Tidak sekali dinodai nafsu..
Akanku batasi dengan syariatMU..
Jika dirinya bukan untukku..
Redhakan hatiku dengan ketentuanMU..
YA..ALLAH..engkaulah tempat bergantung harapanku..
ku harap diriku dan dirinya..
Sentiasa dibawah rahmatMU..
coretan ~anasyhh~ at 12:38 AM 5 comments
Labels: diari
Monday, November 19, 2007
Kemanisan Wanita..
Saya pernah terdengar bicara seorang teman mengenai sifat seorang wanita yang amat berkait rapat dengan pohon semalu. Kata teman saya, wanita seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.
- Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Oleh sebab itu, wanita dilahirkan dengan penuh rasa sensitif dan emosional.
- Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim. Jadi seorang wanita yang beriman tidak akan mudah merelakan kesuciannya diragut oleh tangan-tangan kasar biarpun dengan satu sentuhan.
- Semalu mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Untuk itu, seorang wanita harus taat kepada Allah seterusnya menjadi seorang wanita solehah, isteri yang taat dan ibu yang mithali.
- Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, wanita sekalian haruslah kembali ke rumah tatkala senja mula melabuhkan tirainya untuk mengelakkan fitnah dan demi menjaga maruahnya.
Ambillah pengajaran dari semalu walau ia tumbuhan yang kecil amat.
Tidakkah anda melihat betapa Islam meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis dan semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.
coretan ~anasyhh~ at 4:34 PM 1 comments
Labels: pesanan
Sunday, November 11, 2007
Biarkan ia berlalu..
Pernah tak terasa dalam hidup kita sentiasa ingat seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu? Jika ada, itu namanya cinta.
Cinta suatu elemen hidup yang amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna / dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka orang yang sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka orang yang sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di dalam hati cinta terus segar dan mewangi.
Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yang pergi membawa kejujurannya.
Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang kondusif dan eklusif amat. Kata orang kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis.
Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkanku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita.
Pernah tak kita teringatkan seseorang dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada di sampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya. Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.
Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.
Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yang boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yang bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam dan harapan.
coretan ~anasyhh~ at 8:53 AM 5 comments
Labels: pesanan
Thursday, November 1, 2007
Pengalaman...
Ada satu pengalaman yang saya tak dapat saya lupa apabila bergelar seorang guru..Pada suatu ketika, kira-kira 5 bulan yang lalu..saya telah diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Bahagian Sekolah Rendah untuk mengganti seorang guru kelas yang cuti bersalin di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya, sekolah saya sewaktu darjah 1 sampai darjah 6... Jadi ramai la cikgu-cikgu yang kenal saya sejak kecik lagi..hehehe.. Mereka semua kata saya dah berubah, bestnye dapat jumpa cikgu saya dulu-dulu kala..
Atas nasihat mama, saya terus terima tawaran tu sebab dah nak sebulan kelas 2 Bestari tu relieve aje..maknanya tak ada guru kelas hanya guru yang ada masa lapang aje yang masuk kelas tu, juz jaga tapi tak mengajar..kesian kat budak-budak 2 Bestari tu takde cikgu sendiri.. Kelas 2 Bestari ni terdiri daripada 31 orang murid yang comel-comel..
First day saya bertugas kat sekolah tu..saya dibawa oleh GPK 1, Pn. Hajah Habibah ke kelas tu..saya diperkenalkan kat budak-budak comel tu dengan panggilan Cikgu Amy..aisehh..berdebar-debar rasa bila diorang sume ucap "Selamat Pagi Cikgu Amy!".. Lepas tu, Pn. Habibah pun beredar meninggalkan saya bersama murid-murid baru saya tuh...
Berdiri kat depan kelas dengan pandangan tanpa senyuman oleh murid-murid tu buat saya makin gelabah..macam mane nak start nih?hehehe..saya cuba tenangkan diri saya.. Selama 45 minit waktu Bahasa Melayu tu saya penuhi dengan 'ice-breaking'..yelah memandangkan hari pertama saya masuk kelas tu takkan dah nak mengajar kot.. cara begini dah diajar oleh pensyarah saya untuk 'menackle' perhatian dan hati murid-murid tu pada saya.. Jadi saya gunakan pendekatan tersebut, ternyata sangat berkesan..
Hari-hari saya masuk ke kelas tu untuk ajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Muzik. Bukan kelas tu aje, saya kene ajar Kemahiran Hidup Tahun 5 dan Pendidikan Moral. Rupenya letih jugak profesion perguruan ni, takpe lah..saya anggap tu guru pengalaman saya sebagai bekalan bila tiba waktu saya mengajar kelak...
Saya berasa sangat beruntung bila Hari Guru akan disambut tak lama lagi..saya masih ingat lagi waktu zaman persekolahan dulu, masa Hari Guru saya akan berikan hadiah untuk setiap guru yang mengajar saya pada tahun tu.. Hari Guru yang saya nantikan dah pun tiba, masuk je kelas lepas perhimpunan pagi tu, murid-murid saya terus serbu saya dengan hadiah yang comel-comel termasuk kad ucapan Hari Guru yang mereka buat sendiri dengan pensel warna dan crayon..terharu giler tahap dewa!!!
Itu lah antara pengalaman manis saya sewaktu bergelar seorang guru ganti pada ketika saya masih berumur 20 tahun...
Di sini ada puisi untuk guru-guru saya sewaktu di bangku sekolah dan juga untuk pensyarah-pensyarah saya di universiti--->
Apa tanda guru terpuji,
Kepada ibu bapa ia berbakti,
Mentaati ibu bapa sepenuh hati,
Ibu bapanya dijunjung tinggi.
Terhadap ibu bapa ia amanah,
Kepada orang tuanya tiada menyalah,
Memelihara ibu bapa tiada lengah.
Guru bertanggungjawab sebarang laku,
Berlepas tangan ia malu,
Hak dan kewajipan ianya tahu.
coretan ~anasyhh~ at 7:35 PM 4 comments
Labels: diari
Jemput lah...
Sebenarnya dah lama jugak wujudnya blog saya di blogspot.com tapi saya belum bersedia nak ke udara lagi..
Pada sesiapa yang terkilan jangan marah yea..
Sekadar ingin mencuba dulu..
Macam yang saya ckp kat entry yang pertama dulu..
Tapi sekarang dah berani..
Jemput-jemputlah ke mari...
Blog saya mcm biasa aje...
Suka-suka aje tulis, tak suka tak tulis la plak kan..hehehe...
Apa2 pun, hidup mesti enjoy!!
coretan ~anasyhh~ at 7:27 PM 0 comments
Labels: pesanan
Wednesday, October 31, 2007
Cinta Pertama..3
Hari ini Ramadan yang ke-17, hari Nuzul Al-Quran. Seperti biasa, aku akan menunaikan solat terawikh di masjid negeri bersama Kak Lisa. Entah mengapa malam ini ada perasaan aneh menyusup di sanubariku. Selepas solat tarawikh aku sengaja tidak menunaikan solat sunat witir kerana aku ingin bertahajud sebelum bersahur. Aku mengundurkan diriku dari saf solat ketika jemaah lain menunaikan solat witir.
Ketika aku ingin mengambil sepatuku di rak kasut, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di tangga berdepan dengan rak kasut tersebut. Jantungku berdegup kencang tatkala dia menoleh ke arahku. Wajahnya tidak pernah kulupa, senyum yang sentiasa terukir di bibir lantas dilontarkan senyum itu padaku. Aku masih lagi terpinga-pinga dengan penuh tanda tanya yang berserabut di minda.
“Maaf kerana buat Mas menunggu lama, Kak Lisa yang membantu Syam menerobos rahsia dalam hati Mas. Cerita Kak Lisa tentang Syam intim dengan rakan sekerja hanya rekaan semata-mata. Ia hanya untuk mengusik hati kecil Mas sahaja. Syam harap Mas tidak terguris dengan gurauan seperti itu”, Syam ketawa kecil sementara jantungku terus bergelojak laju seakan menanti kata-kata seterusnya.
“Syam ingin menoktahkan penantian Mas Syawal ini. Syam yakin dah bertemu dengan apa yang dicari. Sebenarnya Syam sengaja tak mahu mengikat hati Mas. Syam tak mahu kita hanyut dalam perasaan cinta. Ada baiknya cinta kita diikat dengan hubungan yang halal. Keluarga Syam akan ke rumah Mas nanti. Nantikan Syam di mahligai cinta kita wahai Masturaku..”, sambung Syam dengan bersuara tenang.
Sukar untukku gambarkan perasaan ini. Ada rasa syukur yang teramat. Rupanya inilah hikmah yang kunanti. Malam itu, aku yakin akan cinta pertamaku, Kamarul Hisyam..
coretan ~anasyhh~ at 3:01 PM 0 comments
Labels: cerpen raya
Tuesday, October 23, 2007
Cinta Pertama..2
“Mas ada dengar cerita baru tentang Syam?, Kak Lisa bersuara memulakan bicara selepas menghidangkan Teh O limau panas kegemaranku. Kak Lisa adalah teman serumahku juga kawan baikku dan Syam sewaktu di universiti.
Aku menggeleng perlahan. Sebenarnya sudah hampir tiga minggu aku tidak berjumpa Syam. Dia juga langsung tidak menghubungiku, mungkin sudah jauh hati kerana aku jarang membalas pesanannya di telefon bimbitku.
Kak Lisa memandang tepat ke mukaku. Aku tiba-tiba rasa tidak sedap hati. “Dia dah nak kahwin ke?” sengaja aku bertanya dengan nada berseloroh menyembunyikan perasaanku.
“Jadi Mas dah tahu la?” Kak Lisa bertanyaku semula. Aku menjadi bertambah tak keruan. Tetapi sempat juga aku tersenyum kelat pada Kak Lisa. Gurauan Cikgu Ashikin kembali bermain di mindaku. Inikah yang dimaksudkan dengan gigit jari?
“Nak kahwin tu tak pasti tapi dia sekarang dah intim dengan seseorang. Kawan sekerja dia. Akak terjumpa mereka masa seminar di PJ Hilton minggu lepas”, Kak Lisa membalas dengan nada sederhana sambil melirik tepat ke anak mataku. Mungkin untuk melihat reaksiku. Aku cuba berlagak tenang. Kembali menghirup teh O limau yang hampir suam. Kak Lisa terusan memandangku seperti mahu penjelasan dariku.
“Dah jodoh dia kak, nak kata apa.”, balasku selamba. “Kami pun kawan biasa aje, tak lebih dari itu. Dengan siapa dia mahu keluar, itu bukan hak saya untuk menghalang”, sambungku lagi.
“Akak rasa kalian berdua sama-sama ego. Masing-masing mementingkan diri sendiri. Kenapa Mas tak luahkan perasaan Mas pada dia? Kenapa Mas mesti lepaskan dia pada orang lain padahal Mas dah menanti bertahun-tahun?”, bertalu-talu soalan keluar dari bibir Kak Lisa. Aku semakin lemas dengan situasi ini. Jiwaku rasa kian memberat menanggung rasa yang telah lama kusimpan sendiri. Tanpaku sedari mataku berkaca. Aku tunduk menyembunyikan wajah sayuku dari pandangan Kak Lisa.
“Mas dah penat Kak Lisa. Mas dah tak sanggup menati. Jika ini terbaik untuk dia, Mas redha dia pergi. Mungkin kami lebih sesuai menjadi kawan. Mas tak boleh paksa dia untuk mencintai Mas”, aku bersuara lirih. Terasa beban yang kutanggung sedikit terlerai.
Malam itu aku gagal melelapkan mata. Kenangan aku Syam hadir satu persatu. Dia sebenarnya yang paling memahamiku. Paling tahu kegemaranku dan tak pernah jemu membantuku. Sebenarnya apa yang paling menarik hati aku tentang Syam ialah kerana akhlak dan agamanya. Dia banyak membentuk diriku. Dari gadis yang lincah dan bebas berpakaian kepada gadis yang menutup aurat. Dari gadis yang tak kenal tikar sembahyang kepada gadis yang mula mencintai Tuhan. Juga nasihat dan pesanannya tak jemu-jemu dilontarkan padaku.
Namun `penghijrahanku` bukanlah kerana Syam semata-mata, tetapi aku benar-benar ingin memulakan hidup baru. Aku seorang guru, jadi aku harus jadi teladan yang baik buat pelajarku. Aku tidak mahu anak-anak didikku berpakaian tidak menutup aurat dan bergaul bebas. Syam cuma membuka jalan bagiku.
Ya Tuhan..bagaimana hamba-Mu ini mampu melupakan dirinya. Setelah sekian lama rasa sayang dan kasih padanya bersarang dalam hatiku. Aku mengucap panjang. Aku sedar bahawa Tuhan ingin menguji tahap keimananku. Hanya pada Tuhan kuberserah, kuyakin akan ada hikmah yang menanti. Aku tidak jemu-jemu bangun di sepertiga malam memohon diberi kekuatan jiwa dan mengharapkan agar aku dipertemukan dengan orang yang soleh kelak. Insya-Allah..
coretan ~anasyhh~ at 9:09 PM 0 comments
Labels: cerpen raya
Monday, October 22, 2007
Cinta Pertama..1
AKU INGIN BERUSAHA SEDAYANYA UNTUK MELEPASKAN `DIA` PERGI DARI JIWAKU. AKU SEMAKIN TAK MAMPU MENANGGUNG SAKIT MENYIMPAN CINTA DALAM DIAM. SEBELUM LUKAKU BERTAMBAH PARAH, BIAR KUSINGKIRKAN PERASAAN YANG BERMAIN DI JIWA INI. SEBELUM AKU HILANG PERTIMBANGAN, ADA BAIKNYA KUBUNUH CINTA YANG SEMAKIN MEMEKAR INI.
Sengaja kumenawarkan diri untuk mengikuti perkhemahan Kelab Kembara Sekolah walaupun tanggungjawab itu diserahkan pada Kak Lisa. Sekurang-kurangnya aku dapat melupakan dirinya buat beberapa hari.
“Mujur la ada cikgu yang rajin macam Mas ni. Semua aktiviti sekolah dia sanggup ikut. Ada harapan jadi guru cemerlang ni.” Cikgu Ashikin menegurku ketika menjejakkan kaki ke bilik guru. Guru Biologi itu memang peramah dan suka diajak berbual.
“Dia anak dara senang laa..kalau dah bersuami macam kita ni lainlah. Nak uruskan anak lagi, lagi pula kalau perut ni memboyot”, sampuk Cikgu Siti yang sarat mengandung anak ketiga.
Aku Cuma tersenyum mendengar kata-kata mereka. “Mas pun bosan duduk di rumah. Dari masa belajar lagi dah biasa aktif. Ralat pula kalau duduk-duduk je di rumah”, aku membalas kata-kata mereka sambil menyusun buku-buku pelajar di meja.
“Nak sibuk tu boleh, tapi jangan sampai lupa nak luangkan masa untuk si dia. Nanti ada yang gigit jari”, seloroh Cikgu Ashikin sambil menepuk bahuku.
Aku tersentak mendengar guraun tersebut. Sememangnya hubunganku dengan Syam bukanlah rahsia dikalangan teman-temanku. Syam pernah membantuku ketika menganjurkan perkhemahan motivasi tempoh hari. Syam juga yang menolongku menyiapkan hiasan rumah sukan semasa hari sukan dua bulan lalu. Mereka mengandaikan kami mempunyai hubungan yang istimewa walaupun hakikatnya kami cuma berkawan. Aku sebenarnya sudah teramat letih dengan hubungan `teman tapi mesra` kami ini. Syam seolah-olah bermain tarik tali denganku. Perkenalan sedari universiti sudah memasuki tahun keenam. Sikapnya yang melayanku dengan baik membuahkan perasaan istimewa dalam diriku. Kadangkala gurauannya boleh kusalahertikan. Dia pernah bergurau yang dia sanggup menantiku sehingga tamat pengajian malah dia pernah membayangkan kelak setiap hari terpaksa menjamah masakanku yang masin.
Aku sememangnya mengakui dirinya begitu istimewa dalam hatiku. Tak pernah hariku berlalu tanpa mengingati dirinya. Namun mengapa dia tak pernah menyatakan siapakah diriku dalam hidupnya. Dia memperkenalkan aku sebagai teman baiknya kepada rakan-rakan sekerjanya. Dia juga tak pernah memperkenalkan aku pada keluarganya. Adakah dia benar-benar menyukai aku atau aku yang perasan sendiri.
Bersambung-->
coretan ~anasyhh~ at 5:34 PM 0 comments
Labels: cerpen raya
Friday, October 5, 2007
Hebat...
Hebat tol aku..hehe..pe salahnya angkat bakul sendiri sekali sekala kala kan..aku baru aje lepas menyiapkan satu projek assignment aku yang terakhir..x sangka leh siapkan dalam masa 24 jam nih..begitu hebat hebat sekali ahli-ahli kumpulan aku tuh..diorang sume pi hembus sisa-sisa kerja yang x habis tu kat aku..
Aku ler kene cakap masa rakam video, aku ler kene edit, aku la kene 'bakar' cd dan aku la kene bangun pepagi nanti untuk print report..tapi kenyataannya aku x tido lagi woi, bleh ke bangun pagi neh..=)huhu..diorang ni memang..mentang2 aku ada motor kapcai tuh..ada gak jasa dia kat aku..huhu.. Hoh..esok aku xmoh dah present..stakat nyampuk2 bleh lah..haha..letih tahap dewa dah nih..di kala ini jam dah pukul 4.15pagi..kul 9.00pagi ni nak present..wish me luck buddies!! nitezzzz...zzZZzz
coretan ~anasyhh~ at 4:19 AM 0 comments
Labels: diari
Penat + Salah ke??
Assalamualaikum..
Hai, arinih nak rock cket yea..baru best..x mo skema sgt..sebab aku nak lepas tension pada sape2 yang melepaskan tensionnya pada aku..haiyaa..ape la itu orang..
Harini aku penat tahap dewa..pagi tadi bangun2 tido dah kene jawab soklan mekanik yang payah giler..problemass..habis carry mark aku sem nih,huhu..kalu gini ler citernye..aku kene up cket aku nye study bf final nih..bagus gak en.wan wat quiz di kala aku malas nak study ni kan..yo lah,,asik assignment ajer..mane larat nak study..hehe..en.wan nih lecturer kesayangan aku dan zuariyah anak pak hasan tuh, memang kami suka benar ler puji dia..bukan bodek tapi kan dah memang kene berbaik dgn lecturer untuk dpat markah bonus gituh..=)
Sebaik sahaja lepas test mekanik..aku terus g discussion untuk mini project aku yang kene submit pagi jumaat esok..siap kene present time tuh gak..sebelum tuh aku dapat mesej dari org yang melepaskan tensionnya kat aku..pening2..ha, b`balik pada project aku tuh..tajuk project group aku nih adalah 'free fall motion' di mana kami ingin mengkaji pecutan graviti pada ketinggian yang berbeza..mula2 pening gak nak perah ilham untuk wat project nih..ingat senang ke, nak kene cari software, pikir lagi cane nak construct model,haha..kan senang amik miss universe aje..kikiki..bnyak gak idea-idea kami yang kene reject oleh kami sendiri..haha..tuh yang sukar tu..tapi xpe,life must go on..akhirnya jumpa gak software yang boleh detect 'sound wave' yang bernama 'Visual Analyser'..nak guna software ni pun satu hal gak, sebab dia ada pantang larang..hai,macam2..tapi kitorang teruskan gak..hehe..sume kitorang siapkan sampai petang tadi..bersama kelaparan yang tiada tandingannya itu plus penat tahap dewa tersebut..
Malam ni......
Pegi terawikh la..pe lagi..Alhamdulillah..Tuhan telah berikan aku kekuatan untuk berterawikh pada malam-malam sepanjang Ramadan..semoga keluarga, sanak saudara dan sahabat handai aku pun camtuh gak...jom sama2 kita mencari dan terus mencari malam lailatul qadar yang penuh barqah ini..yeye..x sabarnye nak nyanyi lagu 'esok hari raya..esok hari raya' dengan riang ria..hehe..
Cuma aku bingung dengan kepenatan hari ini..kenapa ada orang nak melepaskan tensi dia kat aku..pe lah salah aku kat dia? padahal aku dah wat yang sebaik mungkin untuk dia..pelik2..ada sorang teman aku ni plak asik berfikiran negatif aje..sampai membandingkan cara aku berkawan dgn cara barat..aku pelik la..aku nak sgt tanya dia kenapa?kenapa?kenapa?salah ke aku? ya,mungkin aku ada salah ckp di sana sini sampai dia slah tafsir apa yg aku cakap..aku x marah cuma sedih je..memang..kadangkala nasib tidak menyebelahi kita..memang..masalah sentiasa mencampuri urusan hari-hari kita x kira masa bila, di mana jua dan untuk apa..
Untuk apa?? Semuanya ada perkaitan dengan Tuhan..jika kita kaitkan semua masalah kita dengan Tuhan pasti kita akan redha dan sabar dan jika kita kaitkan bahagia dan laba dengan Tuhan pasti kita akan berasa bersyukur dan tenteram..apa-apa pun..fikirlah dari sudut yang positif..dan yang penting TUHAN ITU MAHA ADIL DAN MENGETAHUI..ye lah kan..walau apa sahaja orang yang melepaskan tensionnya kat aku tu nak cakap pe pun..kan..kan..kan..
p/s: jika hidup seseorang itu penuh dengan kesukaran, percayalah suatu hari nanti dia pasti akan berasa kebahagiaan yang amat bermakna walau sesaat sekalipun..
Sekian..
coretan ~anasyhh~ at 1:13 AM 0 comments
Labels: diari
Tuesday, October 2, 2007
Menyintai Bukan Bermakna Memiliki..
Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......
coretan ~anasyhh~ at 8:02 PM 0 comments
Labels: pesanan
Wednesday, September 26, 2007
Sunat Tarawikh..
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W.,sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentangfadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .
Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia barudilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta keduaibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyangterawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membacakitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang diMasjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawafdi Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiapbatu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkandosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yangtelah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti NabiMuhammad S.A.W.
Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dandi akhirat.
Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharudilahirkan.
Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahayaibadatnya).
Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiapkejahatan dan keburukan.
Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allahtiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat danmendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16
Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dandimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam inisebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepadaengkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid danorang-orang solihin.
Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dankerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurgadaripada nur.
Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malamini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama40 tahun ibadat.
Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintasatas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat diakhirat.
Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yangmabrur.
Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih padamalam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau inginihendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurgayang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yangdikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."
coretan ~anasyhh~ at 11:04 PM 1 comments
Friday, September 14, 2007
Baby Ramadhan...
Tengahri ni ahli keluarga aku telah bertambah seorang..beliau adalah seorang budak yang sangat kecik dan tersangatlah comel..biarpun aku tak sempat melihat beliau kerana busy dengan hal2 kat upsi nih, tapi naluriku sungguh kuat mengatakan beliau memang sangat2 comel..akan kucubit2 pipinya yang sangat gebu itu, dan akan aku main cak-cak dengan dia..as if he understands what his makteh is playing about,hakhakhak..aku pun dah start ber'day-dreaming' apa yg aku nak wat tatkala aku berjumpa dengan beliau..
Oleh kerana aku sering ber'day-dreaming' begini, aku sungguh tension sekali kerana plan memang nak balik somban minggu ni tapi x jadi disebabkan oleh test yang berlambak-lambak..sabtu ni test kalkulus, ahad lak test kimia dan hari isnin pula test psikologi pendidikan...hmmm..mane tak tension..di kala ini aku sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment aku..nasib baik dah siap..tinggal lab report fizik aje yang tinggal..tu pun nak hantar esok petang..moral of the story..jangan wat kije lembap sangat dan jangan bertangguh-tangguh kijer nih..paham asma!!?? hakhakhakk..sekian..Selamat Berpuasa!!
coretan ~anasyhh~ at 2:43 AM 0 comments
Labels: diari
Tuesday, September 4, 2007
SAHABAT ATAU KEKASIH??
coretan ~anasyhh~ at 11:17 PM 0 comments
Labels: pesanan
Sunday, September 2, 2007
Dirimu Bukan Pilihan Hatiku
Jika memang dirimu
Bukanlah menjadi pilihan hatiku
Mungkin sudah takdir
Kau dan aku takkan mesti bersatu
Harus selalu kau tahu
Ku mencintainya di sepanjang waktuku
Harus selalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya
Kerana ku yakin cinta dalam hatiku
Hanya miliknya sampai akhir hidupku
Kerana ku yakin di setiap hembus nafasku
Hanya dirinya yang selalu ku rindu
Harus selalu kau tahu
Ku mencintainya di sepanjang waktuku
Harus selalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya
Kerana ku yakin cinta dalam hatiku
Hanya miliknya sampai akhir hidupku
Kerana ku yakin di setiap hembus nafasku
Hanya dirinya satu yang selalu kurindu.
Jika memang dirimu
Bukanlah menjadi pilihan hatiku
Pasti terselindung hikmah di situ
Ku pasti kau akan tahu...
coretan ~anasyhh~ at 1:47 AM 0 comments
Labels: pesanan
Thursday, August 30, 2007
Ketika.....
Ketika dia begitu menyayangiku...
Ketika itu aku melukainya
Ketika dia begitu menyukaiku...
Ketika itu aku mengecewakannya...
Ketika dia begitu mengharapkanku...
Ketika itu aku menyakitinya...
Ketika dia begitu menyintaiku....
Ketika itu aku meninggalkannya...
Apakah ini ini suratan??
Adakah aku mengikut kata hatiku??
Mengapa aku berkelakuan begitu terhadapnya??
Itu ketentuan-Mu Ya Tuhanku...
coretan ~anasyhh~ at 10:50 PM 0 comments
Labels: diari
Wednesday, August 22, 2007
BALASAN BAIK HINDARI MARAH!!
Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan:
Adaseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah S.A.W duduk di sebelahnya. Baginda diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dgn mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah S.A.W bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad S.A.W dan bertanya kepada Rasulullah.
Rasulullah S.A.W lantas menjawab: ”Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika egkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan tidak suka duduk bersama syaitan.”
Rasulullah S.A.W bersabda lagi: ”Allah Ta`ala akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah Ta`ala.”
Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah S.A.W ada bersabda: ”Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.
”Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”
”KESABARAN ADALAH TUNJANG KEKUATAN DAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT...”
coretan ~anasyhh~ at 11:49 PM 0 comments
Tuesday, August 21, 2007
Pilihan Hati...
Pilihan hati mana yang harus ku tuju?
Persoalan ini begitu menghantui diriku ketika ini...
Mengapa?
Ada dua hati..dan mungkin juga bertambah lagi..
Yang mana??
Ya Allah..
Istikharahkah jalanku yang terakhir?
Haruskah aku tekun sujud padamu meminta pertolongan ini?
Atau aku terus mengikut gerak hatiku?
coretan ~anasyhh~ at 12:40 AM 0 comments
Saturday, August 18, 2007
malam ini...
malam ini seperti tarikh di atas tiba-tiba aku sedar bahawa dalam diriku mempunyai satu perasaan yang aneh dan ganjil sekali...
perasaan ini bukan biasa...tapi sungguh luar biasa...
aku tahu ini kurniaan tuhan...
mungkin juga takdir yang Dia rancang untukku...
Dia yang menentukan perasaan anehku ini..
Ya Allah..Kau Maha Mengetahui..
aku redha dengan ketentuanMu...
Namun jika aku terpaksa menyakiti hatinya...
apa lah dayaku sebagai hambaMu Ya Allah...
coretan ~anasyhh~ at 2:48 AM 0 comments
Friday, August 17, 2007
ingin aku mencuba...
Hmmm..apa salah kiranya jika aku ingin mencuba..
buat masa sekarang aku perlu bersembunyi kerana aku belum cukup yakin untuk berada di angkasa..
jika hadir waktu itu...
akan aku terbang menebarkan sayapku...
biar semua sedar bahawa aku punya keberanian...
sekian saja untuk kali ini...
hingga berjumpa lagi...
coretan ~anasyhh~ at 6:36 PM 0 comments
Labels: trying..